Dua hari yang lalu saya menulis betapa Pergerakan Pemuda perlu melakukan rekayasa bertepatan dengan keperluan yang begitu mendesak apabila di asak oleh runtunan perubahan yang dituntut oleh massa yang ditunjukkan melalui PRU 12 yang lalu. Dengan jelas dan tegas yang menyarankan agar Datuk Hisham tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda semuga berlaku `refreshment' dan membuka ruang yang lebih terbuka kepada pergerakan tersebut.
Alhamdullilah, semalam beliau mengumumkan pendiriannya untuk memberti laluan kepada muka baru untuk menjawat jawatan tersebut. Kini terpulanglah untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak untuk kepimpinan Pergerakan tersebut. Antara nama yang disebut-sebut dan sebelum ini telah sesekali menunjukkan atau menzahirkan secara nyata atau berkias-kias hajat ke situ adalah YB Baru Khairy Jamaluddin, YB Baru Dato' Mukhriz Mahathir dan YB Dr. Khir Toyo.
Kita tunggu dan lihat... apa reaksi mereka atau mungkin ada muka-muka yang selain dari itu menyambut ruang yang sudah terbuka itu.
HzY-penuh minat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam,
Sdr tentu mahu mendengar persepsi orang di luar UMNO terhadap calon-calon ini.
Khir, KJ atau Mukhriz - mereka semua hanyalah selebriti dikalangan UMNO.
Namun persepsi diluar UMNO, 3 nama ini tidak cukup ampuh bagi membawa imej "reformasi", iaitu satu imej yang diperlukan bagi menjamin kejayaan dan kerevelenan UMNO untuk tempoh 5 tahun lagi.
Pemuda perlu kepada muka-muka lain selain dari 3 selebriti ini. Pada hemat saya, mereka hanyalah syok sendiri dan merupakan "liability" kepada UMNO.
Muka baru seperti Ahmad Shabery Chik lebih wajar ditampilkan.
Selagi UMNO memekakkan telinga mereka kepada persepsi luar atau mengambil mudah soal persepsi, maka selagi itulah UMNO akan hilang upayanya menghadapi politik era baru.
assalammualaikum
tq kepada abang husni kerana invite utk tengok blog ni. pada pandangan angah la....maaf laaaa.... pandangan orang yang tak berapa pandai dalam politik ni....just pandangan peribadi...
Keterbukaan dalam mencari pemimpin baru dalam pemuda sama seperti mencari pemimpin dalam puteri juga. Bezanya, puteri hanya layak bagi yang berumur bawah 40 tahun. Tetapi berbeza dengan pemuda. Sampai bila-bila pun layak duduk di dalam pergerakan tersebut.
Nama-nama seperti KJ, Mukhriz dan Khir Toyo memang tidak asing lagi dalam UMNO yang mana jika kita lihat mereka ini merupakan antara nama-nama besar yang seringkali menjadi tumpuan media sejak tahun 2004 lagi. Namun bagi saya, nama yang besar saja tidak mencukupi bagi memimpin pergerakan yang menjadi tumpuan.
Jika kita lihat semasa pemerintahan Khir Toyo di Selangor, kita boleh lihat pembangunan dan perubahan yang dilakukannya di Selangor, namun adakah kepimpinan beliau ini dapat diserap dalam kepimpinan pergerakan Pemuda? Begitu juga dengan Mukhriz. Kepimpinan beliau sendiri tidak akan lari dari konsep kepmpinan Tun Dr Mahathir. Dan KJ pula...emmm...banyak sangat cerita yag boleh dan tidak boleh dipercayai tetapi setiap satu darinya menyumbang kepada pandangan orang ramai terhadap beliau. Kejadian di Ijok sudah menunjukkan dan menjuruskan kepada bagaimana beliau akan mengendalikan Pemuda itu sendiri. Tahu apa yang berlaku di Ijok? Perlu bertanya kepada Beliau..apa yang telah beliau lakukan.
Pilihanraya ke 12 telah menyarakan hasrat rakyat sebenarnya. Mahukan satu perubahan drastik yang perlu diambil kira oleh semua kepimpinan UMNO sehingga ke akar umbi. Kebenaran yang mana, rakyat bukan menolak kerajaan, tetapi mereka mahuan kesedaran dikalangan pimpinan atasan.
Jadi.....SEDO LAAAH KOME-KOME SEKALIAN.
Maaf sekiranya tidak menepati topik:P
Angah, thanks for comment.
Ramai lagi yang sebenarnya boleh untuk memimpin Pemuda.. tapi mereka tak berpeluang becoz this game control by poluted culture in UMNO & influnced by media.
Lalu terpinggirlah mereka yang sebenarnya lebih upaya.
HzY-telah berlalu
Post a Comment