Thursday, April 03, 2008

PAKATAN RAKYAT - Alternatif Barisan Nasional??

Hari ini media melaporkan Anwar Ibrahim, Azizah, Lim Kit Siang dan Hadi Awang telah bersepakat untuk mengujudkan satu pakatan antara mereka yang dinamakan PAKATAN RAKYAT. Pakatan yang dirancang akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan dan mempunyai Perlembagaannya yang tersendiri.
Berikut adalah kenyataan bersama yang dibuat oleh ketiga-tiga parti tersebut seperti yang dipetik dati Blok Anwar Ibrahim.

>>mula

KENYATAAN PIMPINAN PARTI PKR, DAP dan PAS

Pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS hari ini telah mengadakan mesyuarat sebagai lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 18 Mac 2008.

Mesyuarat hari ini dihadiri antara lain oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB En Lim Kit Siang, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pada mesyuarat hari ini kami telah mencadangkan untuk memantapkan lagi kerjasama ketiga-tiga parti ini atas nama PAKATAN RAKYAT. Nama ini telah dicadangkan dan akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini.

Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Dengan keputusan pilihanraya yang lepas, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan nantinya dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat.


Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008.

Kami juga memperkemas dan memantapkan struktur Pakatan Rakyat dengan diwujudkan di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

>>tamat

Senario ini tentulah akan mencetus berbagai andaian dan pelbagai reaksi. Jauh dari itu ianya tentulah akan membawa impak tersendiri kepada ketiga-tiga anggota pakatan tersebut, juga akan membawa impak yang nyata kepada penyokong dan rakyat khususnya.

Pastinya tindakan ini akan lebih menyakinkan Penyokong Semasa (Pengundi yang tidak terikat dgn mana-mana parti) pembangkang.... apakah dakwaan UMNO @ BN bahawa pengundi protes ini hanya bersifat sementara apabila senario kewujudan Pakatan Rakyat ini mula dihidangkan kepada mereka... fikir-fikirkan.

HzY

No comments: