Keputusan untuk TIDAK menangguhkan pemilihan kepimpinan UMNO sebagaimana yang diharapkan oleh beberapa pihak sebelum ini merupakan satu keputusan bijak yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO di dalam mesyuarat mereka pada hari Khamis yang lalu. Ini untuk kebaikan UMNO itu sendiri.
Keputusan tersebut membayangkan bahawa adanya kesedaran bahawa itulah yang diinginkan oleh penyokong-penyokong parti. Malahan beberapa tokoh seperti Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Puteri menyatakan secara terang bahawa pemilihan perlu diteruskan dalam tahun ini juga.
Walaubagaimanapun, keputusan in perlulah diterjemahkan kepada semangat demokrasi yang tinggi di dalam kepimpinan UMNO itu sendiri. Usaha untuk membina semula kepimpinan perlu dilakukan dengan jelas dan tersusun, umpama "menarik benang di dalam tepung". Memang ada ramai tokoh yang tidak relevan, yang tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan, yang "yes man" yang pondan dan yang "blur". Eloklah mereka ini meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada orang-orang lain yang lebih layak untuk memimpin UMNO dan seterusnya memacu semula kepimpinan negara di Tanah Melayu tercinta ini. HzY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment