Thursday, April 09, 2009

Sekali Air Bah

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah, maksudnya apabila berlaku perubahan maka akibat dan kesannya akan juga merubah persekitarannya. Bagi pencinta alam, air bah bukan hanya dilihat sebagai bencana, bahkan disebalik bah yang datang juga membanjiri nutrien baru bagi tanah dan tumbuhan yang menyburkan.. Bahkan bagi karyawan seni bah itu adalah kitaran alam bagi memangjangkan kesinambungan dan kesuburan alam sendiri.

Dari perspektif lain pula, peribahasa Inggeris menyebut ( new broom sweeps clean ). Memanglah penyapu baru masihkuat, mantap dan belum ada yang serpih, patah, atau longgar ikatannya. Jadi kalau menggunakannya untuk membuat kerja menyapu habuk, membuang sawang, atau membersihkan rumah memang penyapu baru cukup berkesan.

Biasanya orang menggunakan peribahasa ini untuk mengatakan keraguan, sinisme, memerli atau menyindir pekerja atau pegawai atasan yang baru dilantik.

Jadi tak usahlah kita berkata begitu kepada PM, TPM, dan pasukan Menteri Kabinet yang baru dinamakan pada hari ini.Kita ucapkan tahniah dan berdoa mudah-mudahan kumpulan pemimpin baru kerajaan ini akan gigih berkhidmat kepada rakyat semua ( bukan untuk BN sahaja), dan lebih penting lagi mereka betul-betul berhati bersih, bermoral bersih dan bertindak bersih sepanjang menduduki kursi Menteri dan Timbalan Menteri. Cukuplah apa yang terjadi pada masa-masa lalu kerana rakyat tidak buta hati perut untuk memerhati apa yang dikatakan oleh Lord Acton: Power corrupts; absolute power corrupts absolutely.

Bukit Selambau dan Bukit Gantang telah bercerita serba sedikit atau secupak dua bahawa rakyat pengundi tidak mudah lagi ditarik hidungnya seperti lembu ternakan. Mereka tidak mudah pula dikategorikan dalam warna itu dan warni ini sebagaimana begitu mudah dianalisis oleh penganalisis politik di TV. Kalau dahulu sangatlah sukar bagi pembangkang untuk menang pilihan raya kecil bila berhadapan dengan jentera-jentera besar parti yang berkuasa, tetapi hari ini ceritanya sedikit lain. Jadi bukan lagi soal duit, kedudukan rasmi, dan berapa banyak bendera yang menjadi penentu. Ada isu-isu moral, idealisme, dan nilai-nilai baru yang sedang berkembang turut memainkan peranan memepengaruhi keputusan rakyat. .

Setiap PM dan Menteri akan keluar dengan jenama baru bagi kepemimpinan masing-masing. Dulu ada "Bersih, Cekap dan Amanah":, dan kemudian ada "Islam Hadhari"; kedua-duanya kata orang kalau tak pupus pun , tinggal nama sajalah. Gajah meninggalkan tulang, harimau meninggalkan belang, pemimpin agaknya meninggalkan slogan.YAB Dato Najib , sebagai PM baru, baru saja melaungkan "Satu Malaysia" atau "One Malaysia". Ungkapan ini tidak berbelit-belit lidah menyebutnya, ringkas dan padat, tetapi apa maknanya.Apa matlamatnya ? Bagaimana hendak mencapainya? Kita tunggulah, dan kalau baik rakyat mesti sokong.

Bercakap tentang rakyat kita menjadi kabur kerana yang dikatakan rakyat itu ialah penduduk Melayu, Iban, Kadazan, Orang Asli, Cina, India, Sikh, Jafna, Eurasian dan lain-lain lagi. Ada yang Islam, animisme, Kristian, Hindu dan fahaman-fahaman lain Budha, Bahai etc.Kalau untuk menyatukan rakyat berasaskan penyelesaian ekonomi, perumahan, makanan dan pakaian, kerajaan tentu tidak berhadapan banyak masalah. Tetapi apabila berkait dengan soal agama, kebudayaan, bahasa, dan warisan, maka di sinilah kerumitan besar akan timbul seperti apa yang telah berlaku dengan usaha kerajaan untuk memaksakan bahasa Inggeris dengan menyingkirkan kedudukan bahasa Melayu dalam PPSMI.

Mampukah YAB TS Mahyuddin Yassin, Menteri Pelajaran baru mengembalikan kedaulatan Bahasa Melayu ke tempatnya yang sah?Walaupun konsep dan tatacara " Satu Malaysia' itu belum difahami oleh ramai, tetapi apabila ia bertujuan besar untuk mewujudkan keharmonian dan kestabilan masyarakat pelbagai kaum, gagasan ini patut disokong dengan syarat jangan sampai menjejaskan semangat besar Perlembagaan Persekutuan dalam perkara yang berkaitan Bahasa Melayu, agama Islam, Hak keistemewaan Orang Melayu, dan kedudukan Raja-raja Melayu. Perkara-perkara ini adalah tiang seri atau asas bagi Perlembagaan negara ini. Semua perkara in bukanlah meletakkan rakyat keturunan bukan Melayu dalam keadaan kelas kedua, malah kestabilam penduduk Melayu Islam yang majoriti dan kaitannya dengan sejarah, akan menjamin kehidupan penduduk lain , terutama berdasarkan tasawur Islam yang menjanjikan keadilan bagi semua orang. Satu Malaysia tersebut, justeru harus dibangunkan berlandaskan prinsip-prinsip Islam sebagaimana masyarakat Madinah dibentuk oleh Muhammad SAW dengan Piagam Madinah, perlembagaan yang pertama ditulis dalam sejarah dunia.Tidaklah dimaksudkan kita harus kembali kepada piagam itu, tetapi harus menimba insprirasi dan pengajaran daripadanya untuk menyelesaikan kehidupan zaman.

HzY

Tuesday, February 10, 2009

"ITU PERAK LUMPAT MACAM PARNAH DANGAR BAH !!"

Isu melompat parti mendapat tanggapan berbeda daripada pelbagai pihak. Ianya boleh dilihat daripada 4 pendekatan :
i. Pendekatan perundanganii. Pendekatan Moral
iii. Pendekatan Politik
iv. Pendekatan istana

Dari segi perundangan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya menolak supaya diadakan pilihanraya kecil adalah tepat berasaskan kes-kes yang lalu. Yang dipertikaikan Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak adalah mahkamah bukan SPR. Bagaimanapun berasaskan keputusan mahkamah lalu tindakan tersebut tidak salah. Demikian juga dengan kuasa Sultan Perak untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri juga dibuat mengikut budibicara Tuanku dan mengikut peruntukan perlembagaan Undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak. Walaupun tidak mengikut adat, ini tidak menghalang mana-mana pihak untuk cuba mencabarnya di mahkamah.

Dari segi moral pula pada pendapat saya pada dasarnya memang tidak wajar seseorang wakil rakyat mengkhianati amanat yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi kawasannya. Ini merupakan satu amanah yang harus mereka pikul sehingga habis tempoh 5 tahun. Walaupun ini bukan kesalahan moral sex atau jenayah, tetapi ia dilihat dari sudut etika atau kewajarannya. Masalahnya sekali lagi isu wakil rakyat melompat parti tidak merupakan satu kesalahan perundangan dan ia merupakan hak bagi wakil rakyat yang berkenaan untuk berbuat demikian. Ini dapat dilihat pada keputusan Mahkamah Agong tahun1992 dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & lain-lain vs Nordin Salleh & lain-lain. Dan kes seperti ini telah berlaku berkali-kali dalam sejarah pilihanraya Negara.

Apa yang rakyat perlu tahu ialah bahawa pengambilalihan kerajaan negeri Perak melalui ‘lompat parti’ adalah mengenai permainan politik kuasa atau ‘power play’ daripada pihak yang berkuasa atau yang ingin berkuasa. Kerajaan atau pembangkang akan bersetuju atau tidak bersetuju tindakan tersebut adalah bergantung kepada pihak mana yang akan mendapat keuntungan daripada kesan lompat itu.

Jika pihak pembangkang yang mungkin mendapat keuntungan maka ianya akan dihalalkan dengan pelbagai cara oleh pemimpin-pemimpin mereka samada dari parti yang memanggil dirinya Islam atau perkauman mahupun keadilan. Jika merugikan maka timbullah soal menyalahi perlembagaan, menyalahi hak asasi manusia, tidak bermaruah dan sebagainya.
Dan itulah yang berlaku apabila Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim menyertai parti Keadilan yang disambut dengan girangnya oleh Anwar Ibrahim kerana membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat Negeri Perak. PAS juga akan bergembira jika Datuk Kapt (B) Zahar dari Selangor yang menyertai PAS baru-baru ini adalah seorang wakil rakyat. Malangnya beliau tidak.Adakah kita mendengar samada BN atau PAS yang menguasai kelantan dan Terengganu pernah cuba bersungguh-sungguh untuk mengubal undang-undang negeri bagi menghalang perbuatan lompat parti ini.

Apabila Anwar berbulan-bulan mengadakan perang saikologi dengan rancangan mengambilalih kerajaan pada 16 September 2008 sehingga menimbulkan keadaan ketidaktentuan Negara di bawah Perdana Menteri yang lemah pernah kita mendengar pendirian tegas PAS atau DAP atau peminpin-peminpin keadilan atau Suruhanjaya hak asasi manusia yang menganggapnya sebagai suatu kesalahan atau tidak bermoral?.

Padahal Negara baru ‘kebah’ menghadapi deman pilihanraya umum yang ke 12 dan keputusannya amat memberangsangkan kepada parti pembangkang sedangkan keadaan ekonomi memerlukan rawatan yang serius akibat kegawatan ekonomi global. Yang jelas permainan pengambilalihan ini terus di mainkan hingga berkejaran ke Taiwan..
Dimana penganalisa dan pengulas politik ketika itu?Dimana pemimpin-pemimpin yang bercakap soal prinsip perjuangan yang menentang pengambilalihan melalui pintu belakang. Dimana juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ?. Presiden PAS, Haji Hadi sendiri tidak bercakap mengenai keperluan prinsip pembubaran untuk penghakiman rakyat ? Yang disebut adalah kepastian agar jumlah anggota parlimen Melayu mestilah merupakan jumlah yang majoriti.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa Anwar ketika itu mempunyai senarai yang cukup bilang dan beliau berhajat ingin mengadap DYMM SPB Yang Dipertuan Agong untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang baru. Soalnya mengapa beliau tidak berbuat demikian ?. Tetapi menggunakan alasan bahawa Perdana Menteri takut untuk mengadakan sidang parlimen untuk menguji undi tidak percaya kepada beliau ?

Sebenarnya apa yang perlu Anwar buat adalah memanggil sidang akhbar bersama-sama ahli parlimen BN yang menyertai beliau dan menghantar surat kepada Yang Dipertua dewan bagi menyatakan beliau mempunyai cukup bilangan untuk membentuk kerajaan dan kemudian mengadap SPB Yang Di Pertuan Agong.

Jika Agong perkenan maka prosesnya sama seperti apa yang berlaku di Perak ataupun pembubaran dewan rakyat. Maka tumbanglah kerajaan pimpinan BN. Rakyat pun akan membuat penyesuaian dengan suasana kerajaan baru. Tetapi masalahnya beliau banyak bercakap tapi kandungannya ‘illek’.

Mana ada Perdana Menteri dalam dunia yang memiliki majoriti wakil rakyat dengan ikhlas mahu mengadakan sidang khas parlimen supaya dilakukan undian tak percaya pada beliau ? Atau mungkin ianya merupakan pengalihan daripada isu peribadi yang Anwar hadapi dan beliau tidak mempunyai senarai mencukupi yang dimaksudkan.

Apa yang berlaku di Perak adalah apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Najib mempunyai jumlah senarai yang cukup untuk dipersembahkan kepada Sultan Perak dan Baginda telah berpuas hati bahawa kerajaan BN mempunyai bilangan yang majoriti untuk membentuk kerajaan baru. Baginda telah menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan bagi mengelakkan politiking pilihanraya yang berpanjangan melalui pembubaran dewan.

Semenjak Mac 2008 keadaan politik negara sering terganggu dan tidak pernah tenang. Itu adalah hak baginda berpandukan perlembagaan. Kita harus ingat baginda bukan sahaja seorang Raja yang menggunakan kuasa dan budibicara, tetapi baginda juga adalah bekas ‘Lord President’ yang amat disegani.Berapa kali mahkamah telah membuat keputusan bahawa surat yang ditandatangani oleh ADUN untuk tujuan meletakkan jawatan tanpa tarikh dan tanpa kerelaan beliau adalah tidak sah. Tektik menandatangani surat sebagai ikatan kepada kesetiaan calon telah dibuktikan mahkamah sebagai tidak sah.

Karpal Singh sebagai peguam sedar perkara ini. Tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menyaman Sultan Perak ternyata satu lagi gimik politik balas membalas untuk dipanjangkan sehingga pilihanraya yang ke 13.

Ada yang mengatakan mengapa melalui pintu belakang dan tidak melalui pembubaran dewan. ?. Maka timbullah tuduhan tidak bermaruah, belot, khianat dan sebagainya. Singkat sungguh ingatan manusia seperti ini. Dua ADUN PKR yang keluar parti dianggap sebagai rasuah dan berkualiti rendah.

Soalnya mengapa orang yang sama menuduhnya kini rasuah dulu menganggapnya sebagai konspirasi dan tidak perlu digantung jawatan EXCO sementara menunggu perbicaraan ?. Sekarang ini soal prisip samada rasuah atau konspirasi pun kena ikut warna bendera politik !!. Sekali lagi ini bukan sangat soal prinsip perjuangan tetapi permainan politik pihak yang berkenaan.

Lupakah kita bagaimana Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu pernah menjadi ‘master mind’ dalam pengambilalihan kerajaan negeri Sabah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan menguruskan pelompatan beberapa ahli-ahli PBS kepada BN pada pilihanraya negeri tahun 1994.

Ketika itu PBS menguasai dewan negeri Sabah dengan 2 kerusi majoriti dengan menguasai 25 daripada 48 kerusi dewan negeri. Maka muncullah nama-nama seperti Yong Teck Lee, Lajim Okin dan lain-lainnya. Ketua Menteri Sabah yang berpengaruh ketika itu adalah Datuk Joseph Pairin Kitingan dari kaum Kadazan.Saya sempat berbual dengan Datuk Lajim Okin yang merupakan ADUN PBS ketika itu yang kini merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan. Beliau menceritakan bagaimana Anwar menalipon beliau supaya menunggu di Bilik Bunga Raya, Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Subang, bagi membincangkan isu melompat parti bersama-sama ADUN PBS yang lain. Maka terjadilah peristiwa pengambilalihan kerajaan negeri Sabah melalui pintu belakang.

Tun Mahathir pun tidak harus lupa kerana beliau ketika itu adalah Perdana Menteri. Tak berbunyipun soal moral atau tidak beretika ketika itu. Sekali lagi salah atau benar nampaknya ikut siapa yang untung. PBS ketika itu berada dalam keadaan yang kukuh, jika diadakah pilihanraya semula sudah pasti melalui sikap anti Semenanjung ketika itu PBS akan memenanginya.

PBS berpendapat bahawa kejayaan BN mengambilalih kerajaan negeri tahun itu hanyalah kerana wakil rakyatnya (PBS) menyertai BN dan bukanlah kerana sokongan rakyat. Belaskah Anwar kepada suara rakyat yang telah membuat keputusan memilih PBS? Pekakah Anwar kepada prinsip kuasa rakyat?

Tidak insafkah Anwar terhadap perbuatannya semasa di dalam UMNO maka beliau mahu mengulanginya dalam Pakatan Rakyat melalui Rancangan September 16?. Begitu juga cubaan untuk menarik ahli parlimen dari SAPP Sabah yang gagal melalui Datuk Yong Teck Lee.

Ada yang berpendapat isu lompat adalah hak cipta milik UMNO. Soalnya, orang yang dalam UMNO ketika itu adalah Anwar dan beliau cuba melakukan perkara yang sama melalui Pakatan Rakyat melalui rancangan pintu belakang 16 September 2008. Bagaimana kalau rancangan itu benar-benar menjadi kenyataan?.

Sebenarnya permainan Anwar adalah seperti senjata makan tuan. Senjata itulah dahulu yang digunakan untuk PBS dan senjata itulah memakan dirinya sendiri sekarang. Bekas-bekas pemimpin PBS pasti ketawa besar..Tetapi politik punya alasan yang tersendiri untuk berbuat demikian. Rakyat mungkin marah tindakan tersebut tetapi dalam kes Selangor pada pilihanraya 1969, melalui lompatan wakil rakyat DAP lah yang telah menyelamatkan kedudukan orang Melayu sehingga hari ini. Jika tidak corak politik Selangor akan berterusan seperti Pulau Pinang.

Saya setuju kita perlu beretika tetapi kita harus istiqamah mengenainya. Kita perlu meletakkan standard moral yang tinggi bagi pemimpin politik. Tetapi janganlah panggil ianya rasuah jika kita boleh mendapat keuntungan dan di panggil konspirasi jika kita beroleh kerugian.Prinsip-prinsip keadilan, moral, kebebasan dan perjuangan bangsa dan agama adalah prinsip mulia yang harus mengatasi permainan politik dan ia harus dijunjung pada semua masa oleh semua warna kepartaian.Yang banyak diambil mudah oleh Pakatan Rakyat di Perak adalah peranan institusi Raja atau istana. Raja Nazrin telah berkali-kali membayangkan keperluan menjaga hak-hak kepentingan bangsa Melayu, Islam dan Institusi Raja.Walaupun Raja adalah insan biasa namun mereka adalah simbol institusi yang memayungi kepentingan bangsa.

Semenjak PR memerintah, kaum bukan Melayu nampak begitu ghairah mencabar perkara-perkara dasar ini dan ini tidak disenangi istana.Kes pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampong-kampong baru adalah salah satu simbolik yang menyakitkan perasaan orang Melayu dan Raja Melayu. Kita faham ini disebabkan DAP merupakan parti politik yang menang majoriti dalam Pakatan Rakyat melalui 16 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.Nizar ambil mudah dengan angkuh mempertahankannya dan menganggap ini sebagai permainan politik semata. Yang pasti ada suatu kuasa penentu di belakang beliau.Demikian juga pengumuman pembubaran dewan sebelum mendapat perkenan Raja adalah suatu kesalahan.Itu sebab rakyat Sabah tidak hirau sangat tentang politik rampas kuasa yang berlaku di Perak.Bagi mereka “itu macam parnah dangar bah!!”

Tuesday, June 10, 2008


"The system should be discontinued although it has been practiced for so long because in the Umno Constitution, every member has the right and free to contest any post.
"In a democratic system, there is no specific number of nominations required for a person to qualify to contest in an election," he said.
Under the present quota system, candidates wishing to vie for the Umno president's post must obtain 30 per cent nominations from the party's 191 divisions while the deputy president's post requiring 20 per cent nominations, vice-president (10 per cent) and supreme council member (five per cent).
Muhyiddin said it might not be possible to scrap the system at the moment as it would require all divisions to call for a general meeting, with half of them agreeing to hold extraordinary meetings to propose for its removal.
"Only a handful of divisions had convened the meeting and this does not comply with the conditions stipulated in the party's constitution. The supreme council has the power to scrap the system but this has not happened, probably because some members still feel the system is necessary.

Saturday, May 24, 2008

Pedra Branca & Terra Nullius

Kalau takut dilanda badai
Patah balik mengelak padah
Pedra Branca sudah tergadai
Terra nullius bertuan sudah.

Duduk termenung di tepi tasik
Sambil memancing siikan lampan
Batu Puteh milik Temasik
Hakikat KALAH itu jawapan.

Tanam tembikai tumbuh melata
Subur menghijau di tepi kali
Tangis berdarah sekalipun buta
Tanah tergadai takkan kembali.

Alahai.


HzY- Dari awal tak expect menang, bukan apa sebab Malaysia Boleh!!.. Boleh Apa? Boleh Kalah? But Sinagapore practiced `Kiasu' [Tak Boleh Kalah]

Saturday, April 26, 2008

Party Legacy Vs. The Truth

Fitrah manusia sebenarnya mendorong dan cenderung secara tabi'e agar untuk menerima dan mengikuti kebenaran. Qalbu manusia `by nature' sentiasa meruntun untuk menerima yang baik. Namun kadang-kala kita sering bertindak menongkah tabi'e tersebut kerana `kepentingan' yang hendak di jaga. kadangkala ianyanya menjadi percaturan dalam hal yang lebih besar dan mempunyai kepentingan dan percaturan yang lain.

Pun demikian, pandangan secara `micro' dalam sesuatu perkara itu elok juga di dengari walaupun sukar. Pohon Ipoh yang getahnya diguna sebagai racun, selalunya dianggap racun dan tiada yang menanamnya di kediaman. Pohon Ipoh sinonim dengan racun. Namun Ipoh juga diguna untuk menuba Ikan.. ikan yang akhirnya dimakan oleh manusia.

Lim Kit Siang bagi UMNO adalah racun politik.. ia adalah musuh yang tiada kompromi... bagaikan pohon Ipoh.. pun demikian, ada ketikanya buah fikirnya patut juga ditinjau dan dengari... mungkin untuk membetul diri.

Petikan tulisan beliau ` In the last Parliament, in keeping with the perverse notion of “Support Barisan Nasional, right or wrong”, a new rule was formulated for all Barisan Nasional MPs that they cannot support Opposition motions whether right or wrong and cannot vote according to their conscience but must toe the party line.
As a result, the then Chairman of the Barisan Nasional BackBenchers Club, Datuk Shahrir Abdul Samad (now Domestic Trade and Consumer Affairs Minister) was forced in May 2006 to resign from his post to avoid disciplinary action against him for speaking up in favour of my privilege motion in Parliament to refer the then MP for Jasin, Mohd Said Yusuf to the Committee of Privileges over the impropriety of an MP asking the Customs and Excise Department to “close one eye” in a case involving the import of sawn timber in Malacca.
It was in disgust at such obtuse and petty-minded mentality where individual and party interests were placed above parliamentary, public and national interests that the Malaysian voters rose as one to teach the Barisan Nasional a salutary lesson in the March 8 “political tsunami”, depriving the BN of its hitherto unbroken two-thirds majority in Parliament and power in five states.
In the March 8, 2008 general election, Malaysian voters crossed ethnic, religious and even party lines to vote for change and the Lee Kah Choon saga would have been one opportunity for Barisan Nasional leaders to demonstrate that they have heard the voices of the people and are prepared to emulate the voters’ example to put aside personal and party differences for the betterment of the people, state and nation.
Initially the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sent out the right signals in his first public reaction on Tuesday on Lee’s appointment and acceptance of the posts of Penang Development Corporation (PDC) director and InvestPenang executive committee chairman – that for him, “it’s okay as long as there is no clash in policy”.
However, in a matter of a few hours on the same day, Abdullah was prevailed upon to ignore the voices of the people in the March 8 “political tsunami” and to come out with a hardline stand declaring that Lee’s decision was “against the spirit of BN” and requiring action from the Acting Gerakan President, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
The latest pronouncement on the matter came from Deputy Prime Minister and Deputy Barisan Nasional Chairman Datuk Seri Najib Razak yesterday that Lee’s acceptance of the two Penang state government positions was against the “clearly stated policy of BN” – making it the most unknown “clearly stated” BN policy as the Prime Minister, Deputy Prime Minister and BN leaders had not known about it for 48 hours!
One important reason why Malaysia had lagged behind other countries in economic development and international competitiveness in the past four decades is because of the country’s failure to give top priority to meritocracy and excellence in nation-building.- Lim Kit Siang'

Datanglah dari siapapun, mutiara tetap mutiara.

HzY