Saturday, April 26, 2008

Party Legacy Vs. The Truth

Fitrah manusia sebenarnya mendorong dan cenderung secara tabi'e agar untuk menerima dan mengikuti kebenaran. Qalbu manusia `by nature' sentiasa meruntun untuk menerima yang baik. Namun kadang-kala kita sering bertindak menongkah tabi'e tersebut kerana `kepentingan' yang hendak di jaga. kadangkala ianyanya menjadi percaturan dalam hal yang lebih besar dan mempunyai kepentingan dan percaturan yang lain.

Pun demikian, pandangan secara `micro' dalam sesuatu perkara itu elok juga di dengari walaupun sukar. Pohon Ipoh yang getahnya diguna sebagai racun, selalunya dianggap racun dan tiada yang menanamnya di kediaman. Pohon Ipoh sinonim dengan racun. Namun Ipoh juga diguna untuk menuba Ikan.. ikan yang akhirnya dimakan oleh manusia.

Lim Kit Siang bagi UMNO adalah racun politik.. ia adalah musuh yang tiada kompromi... bagaikan pohon Ipoh.. pun demikian, ada ketikanya buah fikirnya patut juga ditinjau dan dengari... mungkin untuk membetul diri.

Petikan tulisan beliau ` In the last Parliament, in keeping with the perverse notion of “Support Barisan Nasional, right or wrong”, a new rule was formulated for all Barisan Nasional MPs that they cannot support Opposition motions whether right or wrong and cannot vote according to their conscience but must toe the party line.
As a result, the then Chairman of the Barisan Nasional BackBenchers Club, Datuk Shahrir Abdul Samad (now Domestic Trade and Consumer Affairs Minister) was forced in May 2006 to resign from his post to avoid disciplinary action against him for speaking up in favour of my privilege motion in Parliament to refer the then MP for Jasin, Mohd Said Yusuf to the Committee of Privileges over the impropriety of an MP asking the Customs and Excise Department to “close one eye” in a case involving the import of sawn timber in Malacca.
It was in disgust at such obtuse and petty-minded mentality where individual and party interests were placed above parliamentary, public and national interests that the Malaysian voters rose as one to teach the Barisan Nasional a salutary lesson in the March 8 “political tsunami”, depriving the BN of its hitherto unbroken two-thirds majority in Parliament and power in five states.
In the March 8, 2008 general election, Malaysian voters crossed ethnic, religious and even party lines to vote for change and the Lee Kah Choon saga would have been one opportunity for Barisan Nasional leaders to demonstrate that they have heard the voices of the people and are prepared to emulate the voters’ example to put aside personal and party differences for the betterment of the people, state and nation.
Initially the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sent out the right signals in his first public reaction on Tuesday on Lee’s appointment and acceptance of the posts of Penang Development Corporation (PDC) director and InvestPenang executive committee chairman – that for him, “it’s okay as long as there is no clash in policy”.
However, in a matter of a few hours on the same day, Abdullah was prevailed upon to ignore the voices of the people in the March 8 “political tsunami” and to come out with a hardline stand declaring that Lee’s decision was “against the spirit of BN” and requiring action from the Acting Gerakan President, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
The latest pronouncement on the matter came from Deputy Prime Minister and Deputy Barisan Nasional Chairman Datuk Seri Najib Razak yesterday that Lee’s acceptance of the two Penang state government positions was against the “clearly stated policy of BN” – making it the most unknown “clearly stated” BN policy as the Prime Minister, Deputy Prime Minister and BN leaders had not known about it for 48 hours!
One important reason why Malaysia had lagged behind other countries in economic development and international competitiveness in the past four decades is because of the country’s failure to give top priority to meritocracy and excellence in nation-building.- Lim Kit Siang'

Datanglah dari siapapun, mutiara tetap mutiara.

HzY

Wednesday, April 23, 2008

TIADA TAJUK

Entah kenapa, sejak beberapa hari yang lalu, badan terasa malas dan lesu. Tidak juga untuk melihat-lihat program TV atau net surfing. Telefon utama ditutup dan di`divert'kan ke office. 24 jam terperuk dirumah sekadar membelek buku-buku lama yang tidak berapa serius dan berat isinya. Novel Azizi Abdullah dan puisi-puisi Tongkat Waran menjadi pilihan santapan minda.

Barangkali agak letih dengan perkembangan semasa, Mahathir tembak PakLah, PakLah balas dengan cara dia. Semalam tengok video TDM hentam Najib, said Najib cowards. Anwar selepas kemerdakaan politiknya, tentunya mengukuhkan saf Pakatan Rakyat. Pembesar-pembesar UMNO lepas sorang-sorang buka personal weblog... untk turut digoblokkan.. Zam (Zainuddin Maidin)dah tak jadi menteri, teman menunggu-nunggu kalau-kalau dia juga membuka weblog yang pernah digoblokkannya... mungkin belum lagi, takut TULAH memakan tuan... tapi teman yakin.. someday, kalau tidak namanya..orangnya.

HzY-Catatan Malam yang dingin

Monday, April 21, 2008

Tun Mahathir cakap Najib Penakut!

Kali ini Tun M betul-betul sudah kecewa dengan Najib. Mari kita sama-sama lihat apa katanya...juga tentang Anwar Ibrahim sebagai 'Prime Minister in waiting...'

Tun M berkata dia mempunyai 'pertimbangan kedua' tentang anak arwah Tun Abdul Razak itu, yang menjadi gagal untuk bercakap benar tentang punca sebenar kekalahan BN.
Beliau mendakwa Najib "tidak cukup berani" untuk secara terus bercakap sesuatu yang tidak disukai oleh bossnya.

Ini kata-kata Negarawan Berjasa itu; “We see that he is a penakut (coward). He is always saying, ‘yes sir, yes sir, saya sokong, saya sokong (I support, I support).”
Bila Pak Lah berkokok mengatakan BN, kalah disebabkan sabotaj, Najib pakat main angguk tanpa berfikir kali kedua.

Dr.Mahathir menyebut contohnya, bila Najib memberinya sokongan penuh untuk Malaysia membina jambatan ke Singapura meskipun Republik itu tidak bersetuju. Tapi Najib dengan tiba-tiba menukar fikirannya apabila Pak Lah membuat keputusan menentang projek itu, tambahnya.
“I believe he should rightly explain the real reasons for Barisan’s losses in the election,” Tun M bercakap bila ditanya tentang sebab untuk beliau menukar fikiran tentang Najib, selepas memberi ucapan berkenaan “Malay, Malaysian and Malaysia: Challenges Ahead” diUniversity of Manchester; Sabtu lepas.

Bekas PM Malaysia selama 22 tahun itu, pada awal bulan ini telahpun menarik balik sokongannya kepada Najib untuk menggantikan Pak Lah, tetapi tidak memberi sebab mengapa berbuat demikian.

“I’m not so confident (about him taking over as prime minister). Even so, it all depends on Umno to appoint the person to be prime minister.

“Najib will have to face competition from others such as (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, (Datuk Seri Dr) Rais Yatim, you never know.”

Beliau bagaimanapun berkata jika Abdullah berhenti ia akan membuka jalan peralihan yang licin bagi Najib selaras Tradisi UMNO.

Tun juga merasakan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah satu-satunya calon bagi PM, jika Pakatan Rakyat menang kelak.
Beliau percaya terdapat calon lain juga,turut berkata PAS juga mengharapkan jawatan itu, sementara Guan Eng boleh dilihat penting juga.

“Anwar thinks he will be prime minister. It’s not that they loved him but it’s a marriage of convenience,” beliau menambah.

Berkenaan pelan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan bayaran ex-gratia kepada 6 Hakim senior, Dr. Mahathir mendakwa itu hanya bersifat gerakan politik untuk mengembalikan populariti kerajaan.

Beliau berkata, tiada sebab untuk membayar ganti rugi kerana semua dilakukan itu menurut undang-undang.

“If they can show me the removal of (former Lord President) Tun Salleh Abas was against procedures prescribed by the law, please let me know," katanya.

(Ditulis serta terjemahan secara 'bebas' berdasarkan laporan asal suratkhabar 'The Star' bertajuk Dr M: Najib should not be PM by Choi Tuck Wo - Monday April 21, 2008
Dialog inggeris dikekalkan supaya tidak lari dari maksud sebenar.)

HzY

YANG TAK MENCUAIKAN TUGAS & AMANAT RAKYAT YANG MEMILIH MEREKA

Seramai 29 ahli parlimen telah gagal mengemukakan sebarang pertanyaan kepada kerajaan sempena Persidangan Dewan Rakyat Penggal Pertama Parlimen ke 12 bermula 28 April ini.

Menurut laporan masing-masing ahli Dewan Rakyat samada dari BN atau pun Pakatan Rakyat telah pun diberikan notis untuk mengemukakan soalan-soalan mereka selewat-lewatnya sebelum 8 April.

Senarai Ahli Dewan Rakyat yang telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka membawa suara rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil :

Barisan Nasional
Abd. Rahman bin Bakri - Sabak Bernam.
Datuk Haji Wahab bin Haji Dolah - Igan.
Dato’ Dr Abdullah bin Md Zin - Besut.
Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti.
Datuk Anifah bin Aman @ Haniff Amman - Kimanis.
Abit Joo Hulu - Rajang - BNDing Kuong Hiing - Sarikei.
Datuk Seri Dr Jamaluddin bin Mohd Jarjis - Rompin.
Dato’ Dr James Dawos Mamit - Mambong.
Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad - Kangar.
Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah.
Dato’ Seri Rafidah binti Aziz - Kuala Kangsar.
Datuk Dr Tekhee @ Tiki Anak Lafe Mas - Gading.
William @ Nyallau Anak Badak Lubok - Antu.
Datuk Haji Yusoff Bin Mahal - Labuan.

DAP
Charles Anthony a/l R Santiago - Klang.
Er Teck Hwa - Bakri.
Hiew King Cheu - Kota Kinabalu.
John a/l Fernandez - Seremban.
Prof Dr P Ramasamy a/l Palanisamy - Batu Kawan.

KeADILan
Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat.
Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah.
Chua Tian Chang - Batu.
Gobalakrishnan a/l Nagapan - Padang Serai.
Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang.
Manikavasagam A/L Sundaram - Kapar.
Dato’ Rashid Bin Din - Merbok.
William Leong Jee Keen - Selayang.
Datuk Dr Zainal Abidin Bin Ahmad - Hulu Selangor.

Wakil PAS telah menjalankan tugas mereka dengan penuh bertanggungjawab. Tahniah.

Rakyat mahukan wakil rakyat di parlimen yang bekerja dengan cdkap dan berkesan. Mungkin ada wakil rakyat yang kali pertama masuk parlimen, ini mungkin boleh dimaafkan. Tetapi yang dah otai,.. bekas menteri lagi,.. ini apa cerita?


HzY

Saturday, April 12, 2008

BERTAHANKAH PAK LAH....?

Jika benar apa yang dilaporkan oleh Datuk Ruhanie Ahmad dalam blognya Kuda Kepang, tentunya ia memberi asakan dan tekanan kepada PakLah untuk terus kekal dipersada kepimpinan negara. Di Johor juga, khabarnya Badan Perhubungan UMNO Johor secara berhemah menyampaikan mesej yang sama dgn meletakkan sebahagian besar dari kekalahan yang berlaku adalah dari PakLah sendiri. Pendekatan yang berhemah Johor ini telah mengundang reaksi PakLah sedikit sebanyak mengakui akan dakwaan tersebut.

-----------------------
UMNO Kedah Dan Pulau Pinang
Desak Abdullah Undurkan Diri

Majoriti bahagian UMNO di Kedah dan Pulau Pinang mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri daripada persada kekuasaan negara dan UMNO.

Hasrat ini disampaikan oleh mereka kepada delegasi kepimpinan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam pertemuan tertutup di Kedah dan Pulau Pinang.

Dalam pertemuan di Sungai Petani, 7 bahagian UMNO mendesak Abdullah meletakkan jawatan, 2 bahagian menyokong Abdullah terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri, 2 bahagian lagi berkecuali.

Di Pulau Pinang, 9 bahagian mendesak Abdullah mengundurkan diri, 1 bahagian – Tanjung - berkecuali dan 3 bahagian lagi – Kepala Batas (Bahagian Abdullah), Bukit Mertajam dan Nibong Tebal - menyokong Abdullah terus memimpin negara.

Sementara itu, seorang AJK UMNO Bahagian di Kedah yang menggunakan nama samaran AAH telah mengirimkan komen kepada blog ini pada jam 7.44 petang semalam mengenai pertemuan di Kedah seperti berikut:

Saya berada dalam dewan (perjumpaan di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah) dari mula hingga tamat. Apa yang dapat saya simpulkan ialah: UMNO Kedah tidak lagi mempunyaai keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah dan Mahdzir Khalid. Mereka inilah angkara kekalahan Kedah (dalam PRU12). Mereka (para pemimpin UMNO Kedah) rata-rata berpendapat Abdullah dan mantan Menteri Besar Kedah adalah “pengkhianat” paling besar di Malaysia.

Calon Tanpa Restu

Sementara itu, Utusan Malaysia 11 April 2008, telah memetik Najib sebagai berkata seperti berikut:

SUNGAI PETANI 10 April – UMNO mengenal pasti masalah pemilihan calon yang tidak mendapat restu ketua-ketua UMNO bahagian adalah antara punca calon Barisan Nasional (BN) dikhianati pada pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, maklum balas yang diterima Jawatankuasa Pengurusan parti dengan pemimpin bahagian menunjukkan ramai di antara mereka melahirkan rasa kecewa kerana tidak dibawa berunding semasa pemilihan calon dibuat.

“Antara perkara pokok yang disuarakan ialah supaya pada masa akan datang, dalam pemilihan calon-calon bertanding, maka proses rundingan dengan bahagian dilakukan dengan cara lebih menyeluruh lagi.

“Kita menerima pandangan ini dan saya akan sampaikan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti nanti,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan parti bersama lebih 150 pemimpin Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini hari ini.

Hadir pada majlis tertutup hampir tiga jam itu ialah kedua-dua Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd. Ali Rustam. Turut serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib; Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Bendahari parti, Datuk Mohd. Azim Zabidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Luahan Perasaan

Najib menjelaskan, pertemuan Jawatankuasa Pengurusan parti dengan UMNO Kedah tersebut diadakan bagi membolehkan pemimpin bahagian meluahkan segala perasaan dan teguran untuk tujuan memulihkan semula parti..

“Pada masa yang sama, pandangan serta teguran yang dibangkitkan oleh mereka itu boleh dikumpulkan sebagai kesimpulan dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan parti,’’ katanya.

Tegas Najib, beliau selaku Timbalan Presiden parti juga memberi jaminan akan memberikan pertimbangan ke atas segala cadangan tersebut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, UMNO tidak akan mengambil tindakan sembarangan terhadap ahli-ahli parti hanya kerana mereka dituduh melakukan salah laku pada pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, tegasnya, tindakan tersebut akan diambil setelah perkara tersebut benar-benar terbukti dan telah dirujuk kepada pengurusan parti terlebih dahulu.

“Kalau dalam soal salah laku semasa pilihan raya, mereka beri pandangan bahawa jangan sewenang- wenang ambil tindakan tanpa asas yang kukuh. Pertimbangan yang kita nak buat nanti, mestilah berdasarkan kepentingan parti pada keseluruhan,’’ jelasnya.

Buru Pensabotaj?

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan masalah mensabotaj parti yang dilakukan oleh ahli UMNO pada pilihan raya umum lalu kepada Lembaga Disiplin parti untuk diambil tindakan.

Menurut Abdullah, perbuatan sabotaj tersebut menyebabkan sebanyak 14 kerusi Parlimen dan 22 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini merupakan kawasan putih dan dijamin menang, turut terlepas ke tangan parti pembangkang.

Laporan analisis UMNO menunjukkan kemungkinan wujud perbuatan mensabotaj dalam kalangan penyokong dan ahli BN sendiri antaranya di negeri Kedah, Perak dan Selangor yang berjaya ditawan oleh pembangkang.

Komen: Apa yang tidak ditegaskan oleh Najib dalam berita di atas adalah: siapakah yang bertanggungjawab memutuskan calon-calon BN bagi PRU12.

Bagaimanapun, adalah rahsia umum bahawa individu itu adalah Khairy Jamaluddin. Menjelang PRU12, dia telah menjelajah ke sekurang-kurangnya 39 bahagian di seluruh negara untuk memperkenalkan calon pilihannya.

Pada waktu yang sama, fikir-fikirkanlah kenyataan mantan Menteri Penerangan dalam Utusan Malaysia 12 Mac 2008, dengan tajuk Cubaan Golongan Muda Ambil Alih Kepimpinan Gagal, seperti berikut:

Konspirasi Khairy?

KUALA LUMPUR 11 Mac 2008: Bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin mendedahkan ada golongan muda telah membuat percubaan untuk mengambil alih kepimpinan negara secara terurus dan terancang melalui Pilihan Raya Umum Ke-12.

Bagaimanapun, menurut beliau, cubaan untuk membuat perubahan secara drastik tersebut gagal berikutan tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya umum itu.

Zainuddin yang diminta menjelaskan dakwaannya itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Sebaliknya beliau meminta wartawan jangan membuat provokasi terhadapnya.

“Saya tidak akan jelaskan dengan lebih lanjut, biarlah pembaca (orang ramai) menilai sendiri kenyataan saya ini,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Dalam buku saya yang sedang dalam penerbitan berjodol Angkara Dolah Badawi, saya ulas kenyataan Zam di atas seperti berikut:

Siapakah golongan muda yang dimaksudkan dalam kenyataan ini? Adakah berita ini kait-mengait dengan kandungan buku The Toyol Code tulisan saya yang mendedahkan wujudnya konspirasi yang dipercayai dikepalai oleh Khairy, untuk menyediakan blueprint calon-calon PRU12? Dan, bilakah Abdullah akan menafikan kandungan berita di atas? – Ruhanie Ahmad
--------------------------------

HzY- Menunggu laporan penuh dari Johor

KOMENTAR

Berikut adalah komentar yang saya tulis dalam Scribe A.Kadir Jasin

Dato’ A.Kadir Jasin,
Sdra. Alias Mohd Yusof,

Tulisan Saudara Alias dalam komentar terhadap tulisan Datuk A.Kadir Jasin menarik perhatian saya. Saya hampir bersetuju terhadap keseluruhan tulisan saudara. Banyak point (fakta) dan tindakan politik yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir (TDM) yang terpikul atau terpaksa dipikul oleh Pak Lah (PL). Fakta ini penting untuk TIDAK dilupakan oleh rakyat bahkan lebih khusus kepada pimimpin dan ahli UMNO. Fakta ini juga amat TIDAK WAJAR dilupakan oleh mereka yang mencari siapa yang patut disalahkan atau mereka yang sedang menyalahkan sesiapa. Kemenangan BN dalam pilihanraya yang hanya mampu menang majoriti mudah di Parlimen dan kekalahan di lima (5) negeri termasuk kerusi-kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan haruslah dipikul oleh kesemua ahli-ahli UMNO, tetapi bebanan dan tanggungjawab yang lebih, tentulah lebih terpikul oleh kepimpinan UMNO samada diperingkat Cawangan, Bahagian dan Perhubungan Negeri dan Pusat.

Ketika UMNO menyerahkan bebanan kepimpinan kepada PL, yakni TDM menyerahkan kepimpinan kepada PakLah, saya yakin sememangnya pada ketika itu tidak sedikit yang sangsi atas kemampuan PL. Keyakinan yang tidak padu itu juga terpahat bukan hanya kepada rakyat biasa bahkan kepada ahli UMNO sendiri. Ketika itu ramai yang berpandangan dari segi kemampuan, PL bukanlah orang yang terbaik untuk menggantikan TDM yang sudah begitu tercalar. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa ada suara yang masih `ter’sebut atau `ter’suara tempat itu lebih meyakinkan jika diisi oleh Anwar Ibrahim (DSAI). Namun apakan daya, samada benar atau tidak kesalahannya, beliau telah tercemar dan telah dipenjarakan. DSAI telah secara `Mahathiriun’ di campak dan terperosok dalam sampah dan najis yang hendak dibuang oleh UMNO selama-lamanya. Menyebut nama Anwar sahaja seakan menjadi dosa kepada ahli UMNO. Apatahlagi TDM telah berjaya menggembeling pemikiran ahli UMNO untuk terus mengutamakan, menghormati, akur dan menurut kehendak Presiden. Pembentukan sikap begitu terdorong dek kebergantungan kepada Presiden dalam urusan kepentingan-kepentingan kepada jawatan dan keselesaan dan juga `zon ketakutan’ (fear zone) yang telah terbentuk di dalam diri pemimpin-pemimpin UMNO. Dan lebih ber`seni’ lagi, semuanya itu dilabelkan sebagai `demi menjaga peraduan dan keutuhan parti’.

Ketika PL mengambil alih pucuk pimpinan UMNO dari TDM, masyarakat umum dan ahli-ahli UMNO yang kebanyakannya sangsi akan keupayaan PL mengenepikan semua itu. Mengenepekan cerita-cerita PL hanya menggantikan sementara, hanya akan memegang jawatan Presiden dan Perdana Menteri untuk tempoh yang singkat. Yang lebih utama ialah dengan memberi peluang dan yang lebih penting harapan untuk membawa Malaysia dengan lebih berjaya. Harapan yang terbina lebih menjadi kukuh bilamana slogan awal PL ialah `mari bekerja BERSAMA saya’ dan slogan manifesto pilihanraya yang digunakan ialah membentuk Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Slogan tersebut telah digarap dengan baik sehingga ianya terbina harapan massa yang begitu menyakinkan. Harapan inilah yang telah membentuk kayakinan baru kepada PL yang akhirnya diterjemahkan dengan kemenangan besar dalam pilihanraya 2004. Satu kemenagan yang direkodkan sebagai kemenagan BN yang paling cemerlang berbanding dengan sepuluh pilihanraya yang terdahulu.

Tempoh empat tahun selepas kemenangan menakjubkan PRU11, menjadi medan sebenar untuk menguji kemampuan PL. Tidak dinafikan juga tempoh tersebut juga tidak begitu bernasibbaik bagi PL, bila mana ibunya kemudian isterinya kembali Kerahmatullah. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi PL samada dari segi emosi dan perasaanya. Ada perkara yang tidak mencukupi dalam kehidupannya. Pun demikian, simpati kepadanya juga bertambah.

Empat tahun yang berlalu juga, menyaksikan beberapa perkara yang diluar kawalan berlaku yang cukup memberikan tekanan dalam urusan mentadbir ekonomi negara. Kesan kenaikan harga minyak sejagat yang mengakibatkan `multiply effect’ kepada harga barangan dan penawaran yang lain, termasuk kenaikan harga bahan makanan. Mengecilkan jumlah subsidi bahan-bahan berasaskan petrolium.

Corak kepimpinan dan pengurusan yang kurang cekap, dalam isu-isu yang menarik perhatian umum seperti perebutan saham-saham Proton oleh Syed Bukhari dengan Tan Sri Nizamuddin. Begitu juga pengurusan tunggu dan lihat kepada isu AP yang melibatkan Rafidah Aziz. Puluhan isu lagi yang dilihat gagal diurus dengan cekap dan pantas telah menggoyahkan keyakinan kepada PL dan kabinetnya.

Ini ditambah lagi dengan campurtangan atau pengaruh manantunya Khairy Jamaluddin yang tidak dapat diselindung lagi. Hakikat ini sukar dipadam oleh oleh PL, atau mungkin PL menafikannya kerana sampai kini beliau tidak merasakan beliau sedikit sebanyak berada dalam pengaruh KJ.

Dalam segala keributan yang berlaku, TDM yang dalam tempoh itu telah diketepikan melalui projek-projek mega dan `benchmark’nya yang terdahulu di berhentikan, atau tidak diteruskan, telah tercabar dan tersinggung dengan hebatnya. Beliau dimalukan dengan tidak diberi ruang untuk menjadi wakil pada Perhimpunan Agung UMNO, walaupun TDM sendiri juga patut dipersalahkan kerana membuka ruang untuk dirinya dicabar. Semua `red light’ ini seolah-olah memberi isyarat kepada TDM untuk menggunakan jalan pintas yang lain dengan menggunakan atau dirinya dipergunakan oleh media yang berada diluar lingkungan UMNO dan kerajaan. Lingkaran yang mengelilingi beliau adalah lingkaran yang pernah berseteru dengannya seketika dahulu. Mungkin niat TDM untuk menegur dan memperbaiki, namun dalam waktu yang sama ianya juga telah digunakan atau kalau tidak dipergunakan telah memberi manfaat langsung kepada usaha ke arah menjatuhkan PL dan UMNO oleh pihak yang lain yang berada dalam lingkaran yang sama-sama disertai oleh TDM. Dalam majlis tersebut semua bertepuk tangan, bezanya ada bertepuk tangan dengan niat menegur dan sekelompok lagi dengan niat menghentam dan menjatuhkan.

Tempoh empat tahun ini juga menyaksikan DSAI dibebaskan dari penjara, juga dibebaskan dari tuduhan sodomi. Apa pun, sebahagian rakyat masih melihat DSAI sebagai harapan baru apatah lagi PKR yang seperti mendapat talian hayat. UMNO awal-awal lagi telah menutup ruang untuk DSAI kembali semula kepangkuannya. Pemimpin UMNO samada bongkak, atau sengaja mengwar-warkan untuk menyakinkan diri sendiri, menyatakan `Apa nak takut… dia seorang’. Pada hemat saya itu ayat orang takut, kalau tidak takut kenapa nak buat PRU12 cepat sangat, edahnya masih lama lagi. Kalau nak buat awalpun, kenapa bulan Mac tidak Mei, Jun, atau Julai. Semuanya kerana ketakutan, atau kalau tidak, kerana kerisauan. Betul, DSAI hanya seorang, tetapi beliau adalah tunggak dan obor aspirasi sebahagian dari rakyat. Hakikat ini tidak boleh diketepikan oleh UMNO.

Media alternatif yang tidak dapat dikawal, membantu ke arah penyebaran segala macam berita, hebahan, samada benar atau pun salah. Kehebatan Anwar memang sukar ditandingi. Kalau tidak masakan `The Great Mahathir’ membawa Anwar ketika UMNO kelemasan diganyang PAS dalam pilihanraya 1982. Sampai hari ini pun TDM masih menyebut, walaupun dalam kontek yang lain dan sinis, dia menyebut `Dia kalau campak di Israel pun boleh jadi Perdana Menteri’.

Bagi mereka yang beragama Islam. Jangan kita lupa, Aqidah kita mengajar, tiada suatu yang kekal, kita semua bersifat `BAHARU’ termasuk UMNO yang tersohor dengan usia parti politik tertua didunia. Yang memimpin negara lebih 50 tahun. Aqidah kita mengajar apa jua, barang sesuatu akan ada akhirnya. UMNO belum berakhir lagi, mungkin boleh seribu tahun lagi…… dengan izin Allah jua. Ianya memerlukan komitmen semua untuk memuhasabah diri, cawangan, bahagian dan pusat. Ruh perjuangan perlu ditahkiqkan semula, berjalan dengan merendah diri, budaya siasahnya perlu dibaiki. Ahli-ahli dan rakyat perlu nafas baru, keyakinan baru,….kalau dulu Great Mahathir tahu berundur, Mr. Nice Guy pasti lebih tahu untuk meminta diri, ……..


HzY@SUBSS

Tuesday, April 08, 2008

SUNGGUH BERAT

Dua malam sudah, Sabtu malam Ahad, berkunjung ke MPH dan Popular Book Store... Sapa jurujual dalam Toko buku MPH... `lama tak nampak?'.. teman jawab ringkas `berperang'... Hahh!... Ooooo.. pilihanraya. Tanpa bicara lain pada anak dara (saya kira) terpacul soalan yang biasa.. Ada buku baru? lalu menuding jari ke rak buku yang masih berpeluh turun dari lori barangkali. Tiada yang menarik untuk dimiliki.

Lalu kaki mengikut lorong Philosophy, terjumpa banyak buku yang menarik. Dibelek-belek lalu meraba poket untuk ditukarkan dengan buku. Antaranya adalah Critique of Pure Reason oleh Immanuel Kant. Malam ini baru sempat untuk membaca beberapa muka surat. Buku ini mencetuskan revolusi dalam epistemologi dan antara karya paling penting dalam sejarah falsafah moden, bahkan juga dalam sejarah falsafah sejak zaman Yunani. Menguja membacanya beberapa kali tetapi tidak selesai walaupun untuk satu chapter. SUNGGUH BERAT.

Beralih kepada buku ini, menemukan hujah paling ampuh mengapa intelektual perlu terjun dalam politik. Membaca terjemahan Allan Bloom dengan amat perlahan. Dan teman mulai menikmati Poletia yang lebih dikenal dengan tajuk Republik dan mengerti mengapa ianya sebuah buku hebat dan relevansi berkelangsungan. Ok..ada kelapangan teman akan kongsikan lagi pengembaraan entelektual ini.

Mata belum mengantuk.. tapi esok sudah ada tugasan yang menunggu.

HzY - 1473 buat ramai kengkawan bengkekk.. rezqi teman

Monday, April 07, 2008

SEMBANG-SEMBANG SABAH

Beberapa malam yang lalu, teman minum-minum teh tarik dengan bekas kawan serumah yang telah lama tak ketemu. Beliau baru kembali dari Sabah yang dikunjunginya setiap 3-4 minggu sekali untuk menziarahi rumah Arwah isterinya di Kota Kinabalu. Arwah isterinya ketika hayatnya merupakan Timbalan Menteri Pembagunan Luar Bandar Sabah.

Ada beberapa isu yang menarik yang diperbualkan ketika sembang-sembang tersebut antaranya senarioa politik Sabah kebelakangan ini terutamanya isu konon-kononnya berlaku usaha-usaha beli membeli Wakil Rakyat di sana.

Teman berminat untuk meninjau sejauhmana kesahihannya… Isu ini menjadi lebih panas bilamana YB Anifah aman yang menolak lantikan PakLah untuk jawatan Timbalan Menteri dan perletakan Jawatan YB. Datuk Ghafur Salleh sebagi Timbalan Menteri Sumber Manusia baru-baru ini.

Apa yang saya dapati dari perbualannya, tidak ada eveden yang jelas yang boleh dipegang untuk ketika ini bahawa telah berlaku `conversion’ dikalangan mereka. Beliau yakin usaha-usaha merintis agar ianya berlaku memang sedang berjalan.

Sejarah politik Sabah, menjadikan perkara sedemikian bukanlah suatu yang begitu mustahil dengan mengambil; kira fakta-fakta berikut:

• Keterikatan atau sejarah penglibatan UMNO dan BN Sabah agak masih baru, pendek dan belum benar-benar teruji.

• Keadaan sedemikian telah pernah berlaku, bilamana BN ingin merampas Sabah dari Pairin satu ketika dahulu telah memperlihatkan proses `convertion’ ini pernah berlaku sehingga kerajaan Pairin pada ketika itu beralih tangan.

• Antara pemimpin yang paling berpengaruh dan menjayakan m isi yang tersebut di atas adalah diketuai oleh Dato’ seri Anwar pada ketika itu.

• UMNO Sabah lebih khusus sebahagian Ketua Bahagiannya sememangnya diketaui umum mempunyai keakraban yang cukup baik dengan DSAI. Ini memberi access yang luas kepada beliau untuk membuat tawar-menawar.

• Jikalau kewangan yang menjadi faktor yang mempengaruhi, bukanlah sukar untuk DSAI mencari dana puluhan juta bagi tujuan tersebut…

• Dengan penggabungan ketiga-tiga parti mpembangkang utama, DAP, PAS dan PKR kedalam Barisan rakyat, pastilah memberi lonjakan baru dan keyakinan baru kepada pakatan ini. Ini mungkin cukup untuk memberi harapan yang keyakinan baru ke arah tersebut…

Saya pasti, jika langkah-langkah perlu tidak mdiambil oleh pucuk pimpinan UMNO, pasti sesuatu akan berlaku di Sabah yang akhirnya akan memberi imp[ak kepada politik Malaysia keseluruhannya.

HzY – tak terkejut

Even this conversation wasn't true.....

Somebody sent to me by email... she said just for jokes, but the morale of this false conversation, concerned me...

Have a read..>>

Pak Lah: This is the last meeting we are going to have before I make my decision on who our candidates are. First of all, I would like to thank Keng Yaik and Affendi for voluntarily backing out. You are truly gentlemen. Anyone else wants to back out? Think of the party, not of yourself.

Najib: I think Samy should back out la.

Samy: Apa pasai? Why you think I should back out? Why not you?

Najib: You are a liability to MIC and BN la Samy, accept it la.

Samy: What do you mean liability? Give me proof?

Hisham: Ayo Samy, our intelligence report say, we will lose almost 100% of Indian votes if you still lead MIC. If you get lost, maybe we can bring it down to 60%.

Samy: Pakla, don't listen to this two young punks la. Let me read this report just sent to me. After extensive intelligence gathering, we find that 20% of the Indians hated Samy Velu. Ha, only 20% la, where got 100%?

Nazri: Hey Samy I also got the same report la. Why don't you continue?

Samy: Okay, I'll continue, 40% cannot stand to see his face and 35% will kill him if they were to meet him. 5% believe that he is a good leader. Ha, I still got 5% what?

Pak Lah: Come on la Samy, you've been around for a long time already; you have made your money. You are even richer than me, so back out la. Think of the party la Samy.

Samy: Yes, I am richer than you but Najib, 2 deals only is already richer than me, why not ask him also to go? His submarine and Sukhoi and Altantunya also make him a liability what.

Pak Lah: I know that one, but he is from UMNO, that is the difference. The Malays will accept corrupt Malay leaders, as long as they potong, its okay.

Samy: Oh, kalu chunik potong kalu, berapa banyak rasuah pun takpa ka? Mana adil ini macam Pakla?

Najib: That is the way it is in this country Samy. We all from UMNO got immunity, you people, tadak potong punya, don't.

Samy: No, saya akan tetap bertanding.

Kayveas: Adei Samy, listen to them la, what they say is true la. Don't talk about justice all la, as if you are concerned about justice. This is not the place to be talking about justice la old man. We want to win. If that means you will be dropped then so be it.

Samy: Dei Kayveas, you just shut up la. You budak lagi la, you apa tau? What you want to be champions of the Indians ka? If I am forced to back out, I make sure you go down with me. Hey, Mahathir also cannot force me out la.

Kayveas: Tengok Pakla, tadak guna punya Hindu. Think of himself only. Just shoot him la Pakla, don't give chance. Najib, itu C4 lagi ada ka? Mari kita sekarang taroh itu C4 sama dia. Cilaka punya orang.

Keng Yaik: Samy ah, enough la. So long already you in the cabinet. You want to stay until you die ka? What you think they will bury you in the Makam Pahlawan ka? Every time people curse you la. Now even your own race cannot stand you, give up la Samy. Come join me la. We all retire. After all, we are not sure if we are going to win this time around. BN also not sure going to win or not.

Pak Lah: What are you talking about Kheng Yaik? Why you say like that? Lu jaga lu punya mulut ah Apek.

Keng Yaik:No la Pak Lah, If everyone wants to deny us 2/3 majority, then all of them would not vote us la. We may lose more than just 1/3 la. Haiya, that one also cannot see ah?

Pak Lah: Maybe the Chinese or Indians la Keng Yaik, not the Malays la. The Malays love UMNO.

Keng Yaik: Are you sure ah Pak Lah? Now even the Chinese and Indians are willing to vote PAS if it is the only opposition available to them, don't you think that there would be Malays willing to vote DAP? Don't be foolish la Pak Lah. Until now still cannot get Kelantan despite all the dirty tricks. Who are majority voters in Kelantan? Malys la, some more what.

Pak Lah: Betoi ka dia kata tu Najib?

Najib: Jangan dengar cakap orang tua penyembur tu la Pak lah. Orang Melayu takkan lupa UMNO punya. Orang Melayu rela mati untuk UMNO

Nazri: Ntah la, ada lojik jugak cakap Keng Yaik tu. Memang la orang Melayu rela mati untuk UMNO tapi rela ka dia mati untuk kita?

Pak Lah: Apa yang orang Melayu tak puaih hati lagi dengan kita? Kita bagi macam-macam kat depa, apa lagi dia mau?

Kah Ting: Lu mau tau ka? Dia olang tengok sumua itu UMNO punya olang besar manyak kaya. Bikin lumah banyak besar. Keleta 4, 5, sumua mahal-mahal punya. Dulu punya Melayu punya UMNO punya olang tak buat itu macam. Kalau dia kaya pun, dia tak tunjuk sama olang. Sekalang punya UMNO punya olang manyak sombong oh. Dia kaya, dia selalu tunjuk. Dia tak takot punya. Itu olang Melayu biasa tak suka la ini macam punya sombong punya olang.

Nazri: Apa, salah ka dia beli rumah besar dan kereta besar? Apa orang Cina saja ka buleh beli rumah besar. Pak Lah, letak Kah Ting kat Tanjong tengok. Jom kita tengok orang Cina suka kat dia ka tak?

Keng Yaik: Tak salah, tapi baru 2, 3 hari jadi menteri sudah kaya ka? Dia punya gaji berapa? Dulu jaga gate keretapi sekarang boleh bikin Istana, orang tak heran ka la Pak Lah? Your weakness ah, is that you think the Malays are stupid. They are not la Pak Lah. Many have opened their eyes la. Many are not ignorant anymore.

Pak Lah: Alah, kalau kalah pun, kalah sikit saja.

Keng Yaik: Sorry ha Pak Lah if I say something. You have been sleeping too much, you have lost touch with reality.

Pak Lah: I think ah Keng Yaik, you don't resign la. This year you stand in Permatang Pauh, mau ka?

Samy: Pak Lah, saya macam mana?

Pak Lah: Meeting adjourn la, semua balik dulu. Saya mengantok ni. Nanti lain kali la.

end>>

HzY - smiling

Saturday, April 05, 2008

Orientation for New Members of Parliament

Members of the 12th Parliament had an orientation yesterday to familiarise themselves with the law-making proceedings in the Dewan Rakyat.

It was the first time that such an orientation has been held as nearly half of the MPs are first-timers.
All the 136 backbenchers and opposition MPs - the Cabinet members were not included - were briefed for over two hours about their rights and benefits as MPs.
The election results have created several firsts in the Dewan Rakyat. It will have:
* the largest number of first-time MPs - 99 or 45% of the total number of MPs
* the largest number of opposition members - 82 of the 222 MPs are from opposition parties.
* the first mother-and-daughter team of MPs - Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) and Nurul Izzah Anwar (PKR-Pantai Dalam).
* the first woman Opposition Leader - Wan Azizah
Speaking to reporters after the briefing, Dewan Rakyat speaker Tan Sri Ramli Ngah Talib advised the MPs to be more polite when taking part in the debates .

"They should avoid making sexist remarks or use words that hurt the feeling of others," he said.
Wan Azizah, when met after the briefing, said Pakatan Rakyat (PR) will have its first secretariat meeting on Monday (April 7).

It would discuss, among others, the coalition's candidates for Speaker and Deputy Speaker. She, however, declined to name the candidates.
How much an MP gets
Salary: RM6,508 (tax-free)
Other perks:
RM1,200 monthly driver's fee
RM5,000 computer allowance per term
RM1,500 handphone allowance every three years
RM900 monthly phone bill allowance
RM300 daily meeting allowance (RM100 for food and other expenses)
RM 1,500 monthly entertainment allowance

Pix 1 : Mother and daughter team - First woman Opposition leader Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and daughter Nurul Izzah Anwar at Parliament.

Pix 2 : Tian Chua and Khairy Jamaluddin attend parliament briefing.

Excerpted : SUN

Teks Ucapan Khas YBM Ku Li Pada Perhimpunan Khas UMNO Bahagian Gua Musang

YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang telah memanggil satu Perhimpunan Khas UMNO Bahagian tersebut pada Jumaat, 4hb. April 2008. Ada baiknya kita meneliti kandungan ucapan beliau dan mengambil sikap yang terbuka dalam menanggapi isu kemelut `pemulihan' keyakinan rakyat kepada UMNO. Mana yang baik, munasabah dan wajar ... kita terima, asalkan ianya baik untuk parti. Tidak bermakna membaca dan memahami lalu menilai dan menerima pandangannya membawa maksud kita engkar dan melawan kepimpinan semasa parti. Fikir-fikir dan renung-renungkan... HzY

>>mula

Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah Izin-Nya, kita semua dapat bertemu di perjumpaan ini pada ketika kita sedang menghadapi pengalaman yang sangat pahit dan membimbangkan kita semua, iaitu pengalaman buruk yang dilalui oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang baru lepas.

Sejak tertubuhnya UMNO pada 11 Mei 1946, parti kebangsaan Melayu ini tidak pernah tercabar begitu hebat dan teruk seperti yang berlaku padanya selepas PRU12.

UMNO lahir dari semangat perjuangan kebangsaan menentang muslihat dan gagasan British untuk menghapuskan kedaulatan bangsa Melayu, negeri Melayu dan raja Melayu di tanah air mereka sendiri.

Kita berjaya menumpaskan gagasan penjajah itu dan meneruskan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hanya dengan bersenjatakan semangat cinta kepada bangsa, agama, budaya dan tanah air.

Itulah agenda kebangsaan Melayu waktu itu dan itulah sumber kekuatan yang telah menyatukan bangsa Melayu sehingga kita akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan tanpa terpaksa berperang kerana pihak British menyedari bahawa bangsa Melayu waktu itu mempunyai kekuatan sejarah dan warisan yang kuat, dan sukar ditentang.

Kekuatan UMNO itu terbukti dalam PRU pertama yang diadakan dalam tahun 1955. Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO dengan dukungan rakan-rakan dari MCA dan MIC mencapai kemenangan yang cemerlang. Daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan (sekarang Parlimen) yang ditandingi, Perikatan memenangi 51 kerusi dan menguasai lebih 2/3 atau hampir 95% kerusi Majlis Perundangan Persekutuan.

Yang penting kita ingatkan diri kita semula ialah, kerusi UMNO melebihi 2/3 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan dengan memenangi 33 kerusi. Ini bererti bahawa kuasa politik Melayu pada waktu itu cukup kuat dan itulah salah satu asas ketuanan bangsa Melayu.

Malangnya kita tidak bertahan dan tidak mampu memperkukuhkan kedudukan itu dalam pilihan-pilihan raya berikutnya. Empat puluh tahun kemudian, iaitu selepas PRU12 dalam tahun ini, UMNO jatuh tarafnya sebagai parti yang terkuat dan yang didukung oleh majoriti orang Melayu tiba-tiba jatuh menjadi parti yang kecil perwakilannya dalam Parlimen padahal parti ini adalah parti yang terbesar di negara ini, mempunyai 191 Bahagian di seluruh Malaysia dan jumlah anggotanya melebihi 3 juta orang.

UMNO cuma berjaya memenangi 78 buah kerusi Parlimen, menurun sebanyak 32 buah kerusi dari jumlah 110 buah kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-11.

Hilang Kuasa

Yang memeranjatkan kita ialah, parti baru, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi Parlimen. Dalam tahun 2004 parti ini cuma mempunyai seorang ahli Parlimen. Daripada 31 ahli parlimen PKR itu, 18 ialah orang Melayu. PAS memenangi 23 kerusi. Dalam tahun 2004 parti ini mempunyai 6 orang ahli Parlimen sahaja.

Akibatnya, BN kehilangan kuasa majoriti 2/3 majoriti dalam Parlimen

Dua perkembangan lain yang tidak disangka-sangka oleh UMNO (tetapi mungkin tidak memeranjatkan orang lain) ialah pertama, jatuhnya empat buah negeri – Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - ke tangan parti Pakatan Rakyat, iaitu gabungan parti PAS-PKR-DAP. PAS di Kelantan menjadi bertambah kuat.

Dan kedua, kalahnya banyak calon MCA, MIC dan Gerakan di tangan calon DAP dan PKR.

Itu petanda bahawa BN dan UMNO yang telah memerintah negara ini dengan tidak putus-putus sejak merdeka atau sejak tahun 1955 tidak lagi mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia dari semua kaum.

Berdasarkan statistik tentang kadar jumlah undi popular seluruh rakyat Malaysia, didapati bahawa hanya 48% sahaja daripada pengundi seluruh negara yang menyokong (mengundi) BN, manakala jumlah undi popular seluruh negara yang menyokong parti-parti lawan ialah 52%.

Jadi, mesej atau isyarat pengundi agak terang dan jelas: Mereka mahukan perubahan kerajaan. Mereka mahukan kerajaan yang lebih cekap, telus, bersih, beramanah, adil dan pro-rakyat tanpa mengira kaum.

Beberapa perkembangan yang berlaku sebelum PRU12 itu diadakan, memperkuatkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap keupayaan dan komitmen kerajaan BN untuk memerintah negara ini dengan cekap, bersih, amanah dan adil, untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi, sosial, perumahan dan pendidikan rakyat miskin, untuk menghapuskan rasuah yang semakin menjadi-jadi di kalangan ‘orang atasan’ dan yang berkuasa, termasuk dari kalangan wakil rakyat sendiri.

Kita sebut satu kes sahaja, iaitu kes yang berkaitan dengan ‘rakaman video Lingam’ yang didedahkan kepada Suruhanjaya yang dilantik untuk mendengar kes ini.

Segala cerita yang disampaikan kepada Suruhanjaya kes ini memperlihatkan kepada rakyat betapa korap dan lemahnya sistem pelantikan dan cara membuat keputusan mahkamah.

Bayangkan, seorang peguam bela dalam kes tertentu boleh menulis keputusan (judgement) mahkamah dan hakim yang berkenaan hanya membaca keputusan yang telah disediakan oleh peguam itu.

Bayangkan juga, para tauke atau tauke judi boleh ‘campur tangan’ dalam soal pelantikan hakim.

Malapetaka

Kes seperti ini tidak sahaja mengaibkan darjat hakim – hakim bangsa Melayu beragama Islam pula – tetapi ia dengan jelas memusnahkan kredibiliti kerajaan BN yang nampaknya membiarkan perkara-perkara yang buruk dan dahsyat itu berlaku terhadap sistem kehakiman negara. Orang akan takut untuk menghadapi mahkamah yang dikendalikan oleh hakim yang boleh dibeli.

Ada beberapa kes lain – ada yang masih belum selesai, iaitu masih dalam proses pembicaraan – yang juga tidak kurang besar pengaruhnya terhadap sentimen dan pola pemilihan rakyat dalam PRU12.

Tidak usah saya sebutkan kes-kes itu – saudara sekalian yang membaca surat khabar tentu mengetahuinya.

Apakah Respons Kita Terhadap Kemerosotan Kuasa Politik UMNO ini?

Sampai saat ini, setelah hampir sebulan UMNO dan BN mengalami ‘malapetaka’ politik yang dahsyat itu, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti untuk membincangkan sebab-sebab mengapa ‘malapetaka’ itu berlaku pada UMNO dan BN.

Tidak ada usaha untuk mengajak para perwakilan UMNO dari semua peringkat – peringkat Bahagian dan Cawangan – untuk mengadakan proses muhasabah secara terbuka, secara kritis tetapi tenang.

Matang dan rasional, tidak beremosi, dari hati ke hati sesama anggota parti sendiri, membincangkan ‘masalah rumah’ sendiri ini, dan mencari jalan yang baik dan benar dengan tujuan untuk memperbaiki diri dan menghindari berlakunya kejadian yang lebih buruk lagi baik sekarang mahu pun dalam PRU akan datang.

Kita mendengar bermacam-macam reaksi, pandangan dan keluhan, kritik dan tuduh menuduh dari orang-orang perseorangan UMNO, yang paling banyak ialah dari beberapa orang pemimpin dan menteri UMNO.

Ada yang mengatakan bahawa kita sebenarnya tidak kalah, kita masih menang; ada yang berkata, ‘BN akan bangkit semula untuk menebus kekalahannya’; ada yang menyalahkan orang Melayu yang memilih parti lain, dan berkata orang Melayu itu ‘tidak mengenang jasa’ (tidak tahu saya ‘jasa siapa dan apa’); ada yang menyalahkan generasi muda Melayu kerana kononnya mereka ‘tidak faham perjuangan UMNO’ atau kerana mereka tidak mendapat berita, maklumat dan cerita yang sebenar tentang kerajaan, UMNO dan BN yang disiarkan dalam surat khabar arus perdana, tetapi membacanya dari blog-blog ‘anti kerajaan’ dan ‘anti UMNO’ dalam internet.

Jadi, nampaknya, kita masih mengekalkan fiil dan budaya lama, fiil tidak mahu memeriksa kesalahan dan kelemahan kita secara kolektif, secara rasional, bijak dan cerdik. Kita mencari kesalahan orang lain, kesalahan pengundi, kesalahan parti lawan.

Suara Rakyat

Para pemimpin parti – walaupun tidak semuanya – cuba menutup suara rakyat akar umbi UMNO, tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan dan teguran mereka. Kita pergi ke sana ke mari menyebarkan propaganda dan dongeng bahawa parti akan rosak jikalau ahli akar umbi UMNO tidak menyerahkan segala masalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang kepada pucuk pimpinan untuk ditangani dengan sebaik-baiknya – mereka diseru supaya memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

Apakah mereka tidak sedar bahawa yang menjadi punca besar kelemahan UMNO yang membawa kepada malapetaka yang tersebut itu bukan rakyat akar umbi UMNO tetapi ialah kelemahan kepimpinan UMNO, ini termasuk para menteri UMNO, yang setengah-setengahnya tidak mempunyai rekod peribadi, moral dan budaya yang baik.

Merekalah yang tidak mahu UMNO berubah; merekalah yang mahu kepimpinan UMNO yang ada dikekalkan, jangan digantikan, jangan ditandingi.

Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab ‘eksklusif’.

UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu. Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti Tanah Air.

Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akan ditinggalkan oleh bangsa Melayu.

Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya.

Anggaplah masalah yang kita hadapi itu sebagai darurat UMNO. Untuk menangani sesuatu darurat kita perlu bertindak segera sebelum darurat itu merebak dan merosakkan seluruh asas tamadun dan perjuangan UMNO yang telah dibina sejak tahun 1946.

Kita perlu mengadakan sidang muhasabah dengan segera, melibatkan perwakilan UMNO yang selama ini menjadi nadi dan tenaga raksasa dalam kelangsungan hidup UMNO selama 60 tahun, untuk membincangkan kelemahan dan kesalahan UMNO selama ini dan memikirkan visi baru UMNO untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Rakyat hari ini tidak sama lagi dengan rakyat 40 atau 30 tahun yang lepas.

Harapan mereka tidak sama lagi dengan harapan ibu bapa atau nenek mereka. UMNO perlu terus relevan dengan cita-cita, harapan dan tuntutan mereka.

Perkara Pokok

Saya hendak menyentuh tiga perkara pokok yang saya anggap menjadi punca kelemahan UMNO, terutama mulai tahun 1980-an sehingga akhirnya menyebabkan UMNO (dan BN) nyaris-nyaris terlungkup dalam PRU12.

Pertama: Musnahnya Demokrasi dalam UMNO. Ini bermula apabila Perlembagaan UMNO dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian UMNO. Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian UMNO.

Tujuannya kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain.

Saya tidak fikir anggota UMNO yang tahu diri dan berbudaya dengan sesuka hati sahaja akan mencabar Presiden UMNO, lebih-lebih lagi jikalau Presiden itu diketahui oleh semua anggota parti sebagai pemimpin yang baik, cekap, bijak, adil, bersih dan tegas.

Sebelum kuota itu diperkenalkan, UMNO pernah juga mengenakan peraturan, iaitu calon hendaklah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja. Ini ‘peraturan’ yang munasabah dan tidak terlalu ‘undemocratic’.

Parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri, bagi saya, ini adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa.

Parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik.

Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku.

Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik.

Orang lebih taat kepada pemimpin daripada kepada parti dan perjuangan parti. Rasuah politik akan dan memang sedang berlaku dalam parti sebagai cara untuk membeli undi atau untuk mengekalkan kedudukan pemimpin yang lemah.

Hak Ahli

Maka lahirlah banyak ‘pak turut’ dan ‘tukang ampu’ dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah.

Inilah keadaan yang berlaku dalam UMNO hingga sekarang. Setiap kali menjelang pilihan parti, ada sahaja orang dan puak yang menyeru anggota parti supaya jawatan Presiden Parti, atau Timbalan Presiden, Ketua Wanita, atau Ketua Pemuda tidak ditandingi.
Sebenarnya mereka tidak berhak berbuat demikian. Memilih pemimpin parti dari peringkat Presiden hingga ke peringkat pemimpin akar umbi adalah hak anggota parti.

Jadi, untuk menyelamatkan UMNO dan menjadikannya parti politik kebangsaan Melayu ini terus relevan, cekap, kuat dan maju sepanjang zaman, demokrasi hendaklah dikembalikan dalam UMNO.

Saya mengesyorkan dua perubahan: Pertama, kuota yang ada itu dihapuskan dan kedua, parti hendaklah mengawal kerajaan.

Ahli UMNO yang memegang jawatan kerajaan tidak boleh lebih berkuasa dari parti. Partilah yang seharusnya mengawal, memantau dan menilai prestasi mereka. Jika mereka menjalankan dasar yang bertentangan dengan dasar parti, mereka boleh dipersoalkan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Logik cadangan ini mudah dan jelas: Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dari UMNO tidak akan memegang jawatan itu sekiranya mereka tidak lebih dahulu dipilih oleh perwakilan UMNO sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti dan oleh rakyat sebagai ahli Parlimen.

Kalau Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO menggubal dan melaksanakan dasar yang boleh menjahanamkan Bahasa Melayu dan Agama Islam, maka dia mesti ditegur dan didisiplinkan oleh parti. UMNO perlu mewujudkan mekanisme yang sesuai dan cekap untuk melaksanakan sistem ‘parti mengawal kerajaan’ ini.

Kedua, Dasar dan Visi UMNO hendaklah merentas sempadan kaum, dan tidak dilihat sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja.

Parti Supraetnik

Dasar dan visi UMNO yang asal, iaitu yang berasaskan perjuangan Alif, Ba, Ta, seperti yang saya sebutkan tadi, tetap dipertahankan tetapi dalam soal untuk memajukan keadaan hidup ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya untuk rakyat, UMNO hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat tidak kira kaum.

Kita mahu UMNO menjadi parti supraetnik, parti nasional, yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan ‘visi tradisionalnya’: iaitu, mempertahankan tanah air (negara ini) daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi dan budaya orang asing atau kuasa asing, mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara yang faedahnya ialah untuk negara, bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan. Dasar dan perjuangan parti UMNO ini tidak menjejaskan hak dan kepentingan kaum lain.

Imej UMNO selama beberapa tahun kebelakangan ini dapat kita bahagikan kepada tiga jenis:

Pertama, imejnya kepada orang Melayu ialah: UMNO tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala. UMNO dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan Bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin. Ini memarahkan orang Melayu.

Di samping ini orang Melayu juga mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen UMNO untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu. Institusi Raja-Raja Melayu ialah institusi yang tertua di Tanah Melayu dengan usianya melebihi 700 tahun dan institusi inilah yang menjadi salah satu penyelamat tamadun Melayu walaupun kita dicabar oleh tiga kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan British. Negeri Melayu dan kedaulatan Melayu kekal sampai sekarang kerana adanya institusi ini sebagai penyelamat bangsa.

Imej kedua ialah: imej UMNO di mata orang bukan Melayu, iaitu, mereka menganggap UMNO ialah parti untuk kepentingan orang Melayu, tidak untuk kepentingan kaum lain; UMNO dianggotai oleh orang Melayu yang ‘fanatik Melayu’, suka menjulang keris apabila memarahkan kaum lain, entah apalah sebabnya.

Imej UMNO yang ketiga ialah: imejnya sebagai parti yang menggalakkan rasuah politik atau parti ‘orang kaya’ di atas dan parti orang miskin di bawah, parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek dan kontrak kerajaan dan hak rakyat miskin tidak kira kaum. Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu tetapi juga oleh kaum bukan Melayu.

UMNO mesti mengubah atau kalau perlu membersihkan ketiga-tiga imej yang buruk itu. UMNO mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu.

Dalam PRU12, kita lihat ada orang dari kaum India dan kaum Cina, misalnya, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, dan mereka mengundi calon PAS di kawasan kuat UMNO.

Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau di-Islamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada UMNO terhadap kaum bukan Islam.

Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin UMNO Kelantan.

Cabaran Semasa
Inilah cabaran yang dihadapi oleh UMNO hari ini. UMNO terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. UMNO terpaksa menyaingi parti baru seperti PKR yang dilihat oleh semua kaum – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.

Ketiga: perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan.

Kita perhatikan dalam kempen PRU12, kelakuan beberapa calon UMNO tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen UMNO memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit.

Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon Parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di K.L memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Aziz, MB Kelantan.

Bahkan seluruh jentera UMNO digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam.

Saya faham, PAS ialah parti lawan UMNO tetapi bukan itulah caranya orang Melayu-Islam cuba mengalahkan pihak lawan sesama bangsa dan sesama agama.

Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab. Orang Melayu – bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun – meluat dan menyampah dengan fiil dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati pihak lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng.

Akhirnya, kita kalah – kalah lebih teruk daripada dalam tahun 2004, bukan kerana dasar UMNO tidak baik tetapi kerana orang UMNO itu yang tidak baik, dan merekalah yang merosakkan imej parti.

Saya rasa kelakuan yang semakin biadab itu timbul daripada beberapa sebab, antaranya dapat kita sebut:

(a) kerana terlalu yakin pada kekuatan parti – dan tidak nampak apakah kelemahannya – lalu orang-orang seperti itu berasa megah, berani bercakap besar dan memberi tahu pengundi ‘Aku akan menjadi Menteri Besar’ atau akan menjadi menteri jika dipilih;

Jahil Budaya

(b) ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme sudah menjadi alat politik UMNO untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam UMNO untuk kepentingan kepimpinan, tidak untuk kepentingan rakyat dan anggota akar umbi UMNO. Jiwa dan roh Melayu orang UMNO mulai digantikan dengan ‘roh perut’. Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam UMNO.

Jadi, untuk menyelamatkan UMNO, kita kena buang segala anggota UMNO di atas itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana.

Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka.

Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat.
Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu.


Mungkin banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan oleh UMNO yang menjadi punca kelemahan UMNO. Kita tidak boleh menyerahkan semua perkara ini kepada beberapa orang pemimpin sahaja untuk memikirkannya.

Mereka boleh jadi tidak mempunyai ‘feed-back’ yang cukup, yang benar, yang ikhlas dari bawah, dari anggota akar umbi UMNO, untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku dalam UMNO yang menyebabkan parti nyaris-nyaris tersungkur dalam PRU12.

Inilah sebabnya mengapa saya menggesa supaya Perhimpunan Agung Khas itu diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO diadakan. Kita tidak mahu nanti perwakilan yang datang ke persidangan pemilihan itu datang seperti fiil lama, tidak mengetahui apakah kelemahan dan masalah UMNO, lalu mereka memilih atau disuruh memilih calon-calon yang sama, yang lemah untuk memimpin parti. Kalau begitu gayanya, saya khuatir kita akan mengalami malapetaka yang lebih buruk lagi.



HzY - Bahagian lain macamana?

KEMPEN PERGI MENGUNDI

11 Tahun sebelum teman dilahirkan yakni 27 Mei 1955, PRU yang pertama telah diadakan... Ketika itu kempen untuk keluar mengundi dijalankan secara giat... maklumlah buat pertama kali Persekutuan Tanah Melayu mengadakan pilihanraya umum... Mungkin video ini boleh menceritakan kempen tersebut.


Rasanya penyiar dan penyanyi tersebut ialah Allahyarham Zainal Alam I, yang terkenal dengan lagu `Susu'.

HzY- Sekadar tersenyum

Friday, April 04, 2008

KETUA PEMUDA - RUANG SUDAH TERBUKA

Dua hari yang lalu saya menulis betapa Pergerakan Pemuda perlu melakukan rekayasa bertepatan dengan keperluan yang begitu mendesak apabila di asak oleh runtunan perubahan yang dituntut oleh massa yang ditunjukkan melalui PRU 12 yang lalu. Dengan jelas dan tegas yang menyarankan agar Datuk Hisham tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda semuga berlaku `refreshment' dan membuka ruang yang lebih terbuka kepada pergerakan tersebut.


Alhamdullilah, semalam beliau mengumumkan pendiriannya untuk memberti laluan kepada muka baru untuk menjawat jawatan tersebut. Kini terpulanglah untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak untuk kepimpinan Pergerakan tersebut. Antara nama yang disebut-sebut dan sebelum ini telah sesekali menunjukkan atau menzahirkan secara nyata atau berkias-kias hajat ke situ adalah YB Baru Khairy Jamaluddin, YB Baru Dato' Mukhriz Mahathir dan YB Dr. Khir Toyo.

Kita tunggu dan lihat... apa reaksi mereka atau mungkin ada muka-muka yang selain dari itu menyambut ruang yang sudah terbuka itu.


HzY-penuh minat

Thursday, April 03, 2008

Ahmad A.Talib Kata `UMNO Bosses Buried Their Head in The Sand

For many years, i loved to read Datuk Ahmad A.Talib articles. As a former Editor in-cheif of NST, we should open our mind to read his opinion...


Ahmad A.Talib >>

SADLY, many UMNO top brass prefer to discuss party problems only within the confines of the party headquarters at PWTC. When an Umno-linked news portal, KMU.Net, organised a one-day forum discussing the March 8 general election, many top leaders chose to stay away and watch from a distance.

Some sent their representatives over, and they would later brief their bosses what transpired. Only former Selangor Menteri Besar and fellow blogger, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, came as a panelist in the open forum. As expected, Dr Khir was asked numerous questions and often his responses were drowned by the jeering from the crowd.

It's a credit to Dr Khir for turning up. And this was after his Liaison Chief, new Minister Tan Sri Muhamad Haji Muhamad Taib, had advised him from attending. This is something many just couldn't understand. A Ketua Cawangan called me to ask if the so-called advice was true.

When told that it was, the veteran grassroot combatant said: "When will these people learn! They are still in a state of denial. They'd rather behave like an ostrich and bury their head in the sand. With this kind of attitude, forget about wanting to regain the state!"

A committee member of a division in Kuala Lumpur abided by the advice and stayed away. Later in the evening, she asked when she could get a copy of the VCD of the forum proceedings! There are many like her who are eagerly waiting for the VCD, and it's only a matter of time before they turn their backs on their leaders and continue their struggle elsewhere.

If these leaders had attended the forum, they would have seen the anger the ordinary members feel about the outcome of the election. This sense of anger and deep disappointment is not likely going to go away, and it's possible that it'll resurface at the year end general assembly. In fact, I won't be surprised if the anger will manifest itself at the branch and divisional meetings soon to take place.

Such meetings were generally routine affairs in the past, though there were instances of fisticuffs in isolated areas before. I don't think this year's meeting will be a tame affair. Let's wait and see.

It would also be interesting to see what could happen when the Gua Musang division headed by Tengku Razaleigh Hamzah hold its EGM this Friday. Ku Li, who is trying to get enough support to call for a national EGM to amend the rule in the constitution governing contest for top posts, has invited other divisional heads to his big do.

I haven't heard it yet, but I expect similar advice from party headquarters to discourage other divisional heads from attending. This is one attempt of alienating Ku Li from the Umno masses. We'll know if it works in the next day or two.

While Umno leaders huddled in private meetings in their homes or offices, top leaders of the Gerakan, MCA and MIC had already initiated their own analysis of the election. Each of them are trying to determine their relevance on the national political landscape - not an easy task I can tell you!

On the day Umno top brass bury their head in the sand, the DAP, PKR and Pas sat down to announce the formation of Pakatan Rakyat, an alliance which they hope could be the foundation of an enduring pact among themselves. As of now, Pakatan Rakyat is on trial in Kedah, Penang, Perak, Selangor and Federal Territory.>>end

Excerpted from Datuk Ahmad A.Talib's Blog, Pahit Manis - HzY

PAKATAN RAKYAT - Alternatif Barisan Nasional??

Hari ini media melaporkan Anwar Ibrahim, Azizah, Lim Kit Siang dan Hadi Awang telah bersepakat untuk mengujudkan satu pakatan antara mereka yang dinamakan PAKATAN RAKYAT. Pakatan yang dirancang akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan dan mempunyai Perlembagaannya yang tersendiri.
Berikut adalah kenyataan bersama yang dibuat oleh ketiga-tiga parti tersebut seperti yang dipetik dati Blok Anwar Ibrahim.

>>mula

KENYATAAN PIMPINAN PARTI PKR, DAP dan PAS

Pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS hari ini telah mengadakan mesyuarat sebagai lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 18 Mac 2008.

Mesyuarat hari ini dihadiri antara lain oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB En Lim Kit Siang, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pada mesyuarat hari ini kami telah mencadangkan untuk memantapkan lagi kerjasama ketiga-tiga parti ini atas nama PAKATAN RAKYAT. Nama ini telah dicadangkan dan akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini.

Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Dengan keputusan pilihanraya yang lepas, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan nantinya dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat.


Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008.

Kami juga memperkemas dan memantapkan struktur Pakatan Rakyat dengan diwujudkan di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

>>tamat

Senario ini tentulah akan mencetus berbagai andaian dan pelbagai reaksi. Jauh dari itu ianya tentulah akan membawa impak tersendiri kepada ketiga-tiga anggota pakatan tersebut, juga akan membawa impak yang nyata kepada penyokong dan rakyat khususnya.

Pastinya tindakan ini akan lebih menyakinkan Penyokong Semasa (Pengundi yang tidak terikat dgn mana-mana parti) pembangkang.... apakah dakwaan UMNO @ BN bahawa pengundi protes ini hanya bersifat sementara apabila senario kewujudan Pakatan Rakyat ini mula dihidangkan kepada mereka... fikir-fikirkan.

HzY

Wednesday, April 02, 2008

Datuk Mukhriz: Prepared for Umno Youth Chief


Bernama melaporkan >> Petaling Jaya 1 April, Jerlun Member of Parliament Datuk Mukhriz Mahathir said today he was prepared to contest the post of Umno Youth chief at party elections in December if he has the support of the grassroot. However, Mukhriz, who is also the Umno Youth executive council member, said he would not offer to contest the post if the movement's incumbent chief, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, decided to defend the post. He said he had yet to make the final decision on the matter.

"I've not made any decision. I've to wait first for my boss Datuk Hisham to decide where he wants to go," he told reporters after attending a forum, which discussed Umno's position in the aftermath of the 12th general election, organised by Internet news portal MYKMU.Net here today. He declined to comment on the support voiced by audience at the forum who wanted him to contest the post held by Hishammuddin since 2000

Komen HzY : Pada hemat teman, kenyataan Dato' Mukhriz ini haruslah disambut secara positif oleh Ahli-ahli Pergerakan Pemuda. Ini akan membuka ruang yang lebih bagi memilih dan menentu kepimpinan Pergerakan Pemuda. Kita lihat sejauhmana KEBERANIAN ahli-ahli Pergerakan Pemuda menyambut kesediaan beliau untuk dicalunkan sebagai Ketua Pergerakan pemuda. Tanpa mengenepikan peranan, sumbangan dan kewibawaan Dato' Hisham menerajui Pergerakan Pemuda, elok rasanya beliau membuka ruang dengan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya itu. Sekurang-kurangnya ia akan memberi `refreshment' kepada pergerakan itu. Khairy Jamaluddin macamana? ... ada kawan-kawan kata, elok jaga MyTeam jelah.


HzY

A.Siva Subramaniam Main Tarik Tali


Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Buntong, A.Sivasubramaniam membatalkan hasrat meletak jawatan dan keluar parti, beberapa jam selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Berita perletakan jawatan beliau dari semua jawatan DAP pada awalnya mendapat respon yang berbagai, beberapa rakan taulan (UMNO) menhantar SMS kepada teman dengan maksud kegembiraan... ada yang menulis `tinggal lagi satu'.. boleh memerintah balik.

Dalam hati kecil saya, ini wayang sorong-sentap. Kerusi untuk India tak berapa cukup dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Fikiran saya juga berkata, ini satu `testing' kepada YAB Nizar untuk melihat cabaran beliau bagi melantik speaker dari kalangannya (rakan PAS atau Melayu). Tak sampaipun sekerat hari, hanya lapan jam, surat penarikan semula telahpun dihantar kepada SUA DAP merangkap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, memanda Lim Guan Eng.

Khabarnya, Siva menarik surat perletakan jawatan kerana beliau ditawarkan sebagai Speaker (Yang Dipertua) Dewan Negeri Perak. Satu lagi rekod baru, YDP dewan pertama terdiri dari non-Malays. Nyata YAB Nizar hilang upaya untuk mengutamakan rakau taulan PASnya ke kerusi speaker tersebut.

Kalau DAP berkata tiada semangat perkauman dalam DAP.... A.Sivasubramaniam ADUN DAP Buntung telah menafikannya. Pembawa obor MAKKAL SHAKTI, juga memohon pendokongnya (masyarakat India) diberi tempat.

Hmmm politik, politik...


HzY - Tak susah nak baca

Fikirkan Bersama

Forum KMU yang diadakan semalam 1hb. April 2008 banyak membawa titik pertanyaan kepada ahli UMNO sewajarnya.

Berikut adalah beberapa kenyataan yang wajar difikirkan bersama oleh orang-orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO. Hanya dengan kesediaan untuk muhasabah diri barulah kita mampu untuk membina semula kekuatan ketuanan Melayu di tanah air tercinta ini:


“Golongan muda, terutama yang berpendidikan kini menjadi tersisih dan menjauhi UMNO”. Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen, Jerlun

Mukhriz juga mengulas apa yang terjadi kepada UMNO hari ini ialah akibat pemimpin UMNO ada ‘Budaya Takut’; “Takut hilang jawatan, takut hilang kontrak, takut tidak mendapat sokongan Kepimpinan”. Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun

“UMNO dipimpin oleh ramai yang suka ‘mengangguk”. Dr. Haji Mohd. Fuad Zarkashi, Ahli Parlimen, Batu Pahat. Saya masih kagum dengan sahabat lama yang sorang ini, sejak zaman di U lagi, pandangan yang berani beliau terus segar macam dulu-dulu...

Teman pada dasarnya melihat ada kredibiliti kepada kenyataan-kenyataan di atas. Teman berpendapat, suara orang ramai/rakyat tidak diambil berat oleh pihak-pihak yang berkuasa. Ini bukan sahaja di peringkat kepimpinan tertinggi, tetapi berlaku juga di peringkat kepimpinan kecil (Cawangan dan Bahagian).

Teman berharap semua ahli UMNO dan orang Melayu segera mencari satu titik penyelesaian ke atas kemelut umpama "api dalam sekam" yang berlaku sekarang ini.

HzY