Monday, March 31, 2008

Zam: `Dr. M to blame, too...'

Mantan Menteri Heboh-Heboh, Datuk Seri Zainudin Mydin mengatakan bahawa Tun Dr. Mahathir juga bertanggungjawab terhadap prestasi buruk UMNO dan BN dalam PRU ke 12 baru-baru ini. Pendapat itu adalah berdasarkan "His credibility influenced people to believeing what he said". (statement dalam bahasa Inggeris ini di terjemahkan oleh penulis akhbar The Star edisi 31 March. Kalau Datuk Zam bercakap dalam bahasa Inggeris, kenyataannya mungkin tidak sebagus ini dari segi grammarnya)

Soalnya, sudah tahu yang Tun Dr. Mahathir mempunyai "kreadibiliti", kenapa yang hang pergi asak dia sampai ke dinding? Bukan hang saja, kuncu-kuncu hang, pak pencacai hang, tukang kipas hang, dari atas sampai ke bawah. Semuanya pakat pi belasah TDM. Yang ada ciri-ciri nak sokong pandangan TDM semuanya kena cantas.

Sepatutnya, sudah tahu yang TDM tu ada kredibiliti, gunakanlah kelebihan beliau untuk memastikan sokongan berterusan kepada UMNO/BN. Bukannya dengan cara meletakkan TDM setaraf dengan "pariah politik". Pandangan beliau tidak semestinya kritikan membuat tuli. Sebagai orang lama UMNO/BN banyak pandangannya yang bagi pandangan orang ramai/rakyat, masih relevan dan evergreen. Dengan menolak sama sekali pandangan TDM, maka Zam dan orang-orang yang seangkatan dengannya menidakkan tahap pemikiran dan IQ rakyat yang lebih tinggi daripada dia/mereka.

Takkan itu pun tak paham!!..

HzY

Sunday, March 30, 2008

Keputusan BIJAK

Keputusan untuk TIDAK menangguhkan pemilihan kepimpinan UMNO sebagaimana yang diharapkan oleh beberapa pihak sebelum ini merupakan satu keputusan bijak yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO di dalam mesyuarat mereka pada hari Khamis yang lalu. Ini untuk kebaikan UMNO itu sendiri.

Keputusan tersebut membayangkan bahawa adanya kesedaran bahawa itulah yang diinginkan oleh penyokong-penyokong parti. Malahan beberapa tokoh seperti Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Puteri menyatakan secara terang bahawa pemilihan perlu diteruskan dalam tahun ini juga.

Walaubagaimanapun, keputusan in perlulah diterjemahkan kepada semangat demokrasi yang tinggi di dalam kepimpinan UMNO itu sendiri. Usaha untuk membina semula kepimpinan perlu dilakukan dengan jelas dan tersusun, umpama "menarik benang di dalam tepung". Memang ada ramai tokoh yang tidak relevan, yang tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan, yang "yes man" yang pondan dan yang "blur". Eloklah mereka ini meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada orang-orang lain yang lebih layak untuk memimpin UMNO dan seterusnya memacu semula kepimpinan negara di Tanah Melayu tercinta ini. HzY

Friday, March 28, 2008

PEMILIHAN UMNO : Tangguh Membawa Padah


Datuk Mukhriz menggesa/merayu agar pemilihan kepimpinan UMNO yang dijadualkan pada pertengahan tahun ini tidak ditangguhkan. Sebaliknya ianya perlu dilaksanakan mengikut jadual.

Manakala pemimpin-pemimpin lain pula menggesa agar pemilihan itu ditangguhkan. Ramai juga yang tidak bersuara. Senyap dan kelu lidah untuk berkata.

Cadangan Datuk Mukhriz itu wajar dipertimbangkan. Namun seperti biasa, hanya beliau yang mampu bersuara menyuarakan apa yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO, manakala yang lain langsung tidak berminat untuk menentukan "arah yang betul" untuk UMNO dan orang melayu. Mereka ini samada takut, tak minat atau langsung tak ambil peduli dengan survival orang melayu di negara ini.

Rata-rata, khususnya yang memegang jawatan parti marasakan inilah masanya untuk mendapat "lifeline" untuk beberapa bulan lagi dengan alasan untuk membina semula UMNO. Teman rasa, kalau nak bina semula UMNO tidak semestinya dengan membatalkan pemilihan. Proses pemiliham itu juga adalah salah satu proses pembinaan semula UMNO. Kalau ahli rasa kepimpinan sekarang perlu kekal, maka kekallah mereka sebagai pemimpin. Namun kalau ahli mahu menukar, maka pemimpin terimalah kenyataan.

Dengan menangguhkan pemilihan, rasa-rasanya gelodak hati ahli akan semakin membara. Takut nanti ada pula yang jatuh macam "nangka masak" - (sekadar memetik perumpamaan Datuk Sri Dr. Rais Yatim)

Wednesday, March 26, 2008

KALAU MENANGGUK IKAN BIAR DI AIR KERUH

JELAS Umno semakin desperate, huru-hara dan dalam ketakutan. Bukan takut kepada pengundi lagi (kerana pengundi sudah membuat keputusan) tetapi takut kepada ahli-ahli sendiri.

Inilah punca yang membuatkan Ketua Biro Penerangannya, Muhammad Muhd Taib, berkata ada kemungkinan besar pemilihan parti Ogos ini ditangguhkan lagi ke tahun hadapan.

Bagi saya ia akademik. Tahun ini atau tahun depan, keputusannya sama – kepemimpinan Umno boleh tipu diri mereka sendiri tetapi mereka tidak boleh lagi tipu ahli akar umbi Umno.

Apakah selepas ini Muhammad Muhd Taib dan para persekongkolnya akan mencadangkan penggunaan ISA dan perisytiharan darurat?


CABARAN terhadap Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi semakin meruncing. Keadaan tambah kelam kabut. Majlis Pemangku Raja Terengganu menolak calon Menteri Besar Idris Jusoh dan melantik ADUN Kijal Ahmad Said.

Belum sempat Ahmad Said mengangkat sumpah, dia dipecat daripada Umno. Perdana Menteri berkata perbuatan melantik orang lain selain daripada Idris sebagai Menteri Besar “adalah bercanggah dengan Perlembagaan.”

Anehnya, beberapa hari lalu Peguam Negara mengatakan Sultan ada hak dalam pelantikan Menteri Besar. Beliau berkata demikian apabila mengulas pelantikan MB Perak.


HANYA orang yang tidak cerdik atau tidak tahu selok-belok menangkap ikan sahaja yang akan menangguk di tempat yang airnya jernih.

Orang yang cerdik dan tahu selok-belok menangkap ikan akan menangguk di tempat yang airnya keruh.

Akhbar arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia hari ini (22 Mac), antara lain, melaporkan:

Pandangan paling lantang disuarakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempertikaikan keikhlasan hasrat bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 (S46) itu (Tengku Razaleigh Hamzah).

Sambil menentang sebarang cubaan untuk mencabar kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Hishammuddin menegaskan tindakan Tengku Razaleigh umpama menangguk di air yang keruh.

Selalunya air yang jernih tidak ada ikan kecuali ikan seluang, sepilai dan sepat ronggeng. Kalau adapun ikan besar ia akan lari apabila ternampak tangguh.

Air yang keruh selalunya banyak ikan dan udang. Kadang-kadang ular guni buruk dan buaya pun ada. Malah ikan yang banyak itulah yang menyebabkan air menjadi keruh. Orang yang tahu selok-belok menangguk akan mencari tempat yang keruh airnya.

Bila dia menurunkan tangguk, ikan tak nampak. Seorang penangkap ikan yang pakar tahu bila ikan masuk tangguk dengan merasa batang tangguknya.

Jadi amatlah tepat kalau Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas Naib Presiden Umno itu memasang tangguknya di air yang keruh.

Lagipun air keruh yang kini menenggelami Umno bukanlah akibat perbuatan Tengku Razaleigh tetapi akibat tindak tanduk pembesar-pembesar atasan Umno dan konco-konco mereka. Ketua Pemuda itu adalah antara pembesar terbesar Umno.

Tak apalah kalau Ketua Pemuda itu hendak mengherdik Tengku Razaleigh dan mempertahankan bosnya. Biasalah tu. Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh pertahan aku pertahan, dalam hati tuhan saja yang tahu.

Tapi pelik jugalah bila dia dan pergerakannya tidak ambil apa-apa tindakan ke atas Ahli Exco Pemuda dan Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir yang menghantar surat menggesa Perdana Menteri dan Presiden Umno letak jawatan.

Mula-mula bukan main berang dia. Marah sungguh kepada si Mukhriz itu. Tapi apabila Exco Pemuda bersidang lain pula bunyinya. Tidak ada tindakan sebab itu surat peribadi, konon ceritanya. Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Ada orang gertakkah?

Kalau Ketua Pemuda hanya berani bercakap, Tengku Razaleigh berani bercakap dan berani mengotakan cakapnya. Saya pun tak ingat sudah berapa kali Ketua Pemuda itu bertanding untuk mendapatkan jawatan dan mempertahankan jawatan parti. Itu pun kalau dia pernah bertanding. Boleh sesiapa tolong beritahu?

Tapi Tengku Razaleigh dah banyak kali bertanding. Bertanding pilihan raya mulai 1969 dan Naib Presiden Umno sejak 1975. Lawan Musa Hitam pada tahun 1981 dan 1984 untuk jawatan Timbalan Presiden dan lawan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden pada tahun 1987. Jadi kalah menang bertanding bukan pengalaman baru bagi Tengku Razaleigh.

Kali terakhir Perdana Menteri dan Presiden Umno sekarang bertanding adalah pada tahun 1993 untuk jawatan Naib Presiden tetapi kalah. Kalah pun Dr Mahathir kekalkan juga dia dalam Kabinet.

Lepas itu dia naik dan naik tanpa sebarang pertandingan. Ada orang kata atas ihsan Dr Mahathir. Orang kata, bukan saya.

Jadi kalau nak kira berani lawan dan banyak kali lawan, tak banyak orang boleh lawan Tengku Razaleigh. Muda berani, dah jadi veteran pun tetap berani. Dah tak ramai lagi orang macam ini dalam Umno selain Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh.

Dr Mahathir kata dia sokong cadangan Tengku Razaleigh agar mesyuarat agung luar biasa Umno diadakan bagi membincangkan kekalahan teruk parti itu.

Tetapi dia berpendapat mungkin sukar Tengku Razaleigh nak dapat pencalonan yang mencukupi daripada bahagian Umno untuk lawan Presiden Umno. Dia memerlukan sekurang-kurangnya 60 pencalonan bahagian.

Dr Mahathir yang menerima kunjungan Tengku Razaleigh minggu lalu, bagaimanapun, berasa mungkin ada calon-calon lain yang ingin bertanding merebut jawatan tertinggi Umno itu.

Namun Dr Mahathir kurang yakin dengan cabaran itu kerana katanya para pembesar Umno (istilah pembesar adalah istilah saya) kini takut bersuara dan banyak berpura-pura.

Di depan Presiden mereka sokong mati-matian tetapi di belakang mereka kutuk habis-habisan. Begitu juga dengan ikrar mereka hendak sokong Tengku Razaleigh pada pemilihan tahun 2004. Apabila dapat panggilan dan diberi “habuan” oleh orang tertentu, janji ke mana, Tengku Razaleigh ke mana.

Tetapi itu ketika Perdana Menteri dan Presiden Umno sedang berada di puncak jaya kerana baru menang mandat raksasa dalam pilihan raya umum 2004.

Sekarang Perdana Menteri dan Presiden Umno sedang berada di lurah penuh onak dan duri kerana kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.

Jadi cabaran Tengku Razaleigh atau sesiapa sahaja terhadap beliau kali ini adalah berbeza daripada cabaran tahun 2004. Seperti kecundangnya Umno, begitu jugalah kemungkinan nasib yang akan menimpa beliau. Saya katakan "mungkin."

Manalah tahu mungkin ada pembesar Umno di bahagian yang mendapat semangat baru dan bersedia berterus terang setelah menyaksikan tragedi yang melanda parti mereka pada 8 Mac lalu.

Tetapi kalau mereka nak terus puji dan ampu, maka tidak ada lagilah alasan bagi ahli dan penyokong Umno yang berpaling tadah mengundi pembangkang kerana jelik dan jelak dengan kepemimpinan parti untuk kembali semula ke pangkuan parti itu.

Dan apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno tidak lagi dihormati, makan jadilah macam di Perlis dan Terengganu di mana calon Menteri Besar yang beliau tauliahkan ditolak oleh Istana dan orang lain dilantik.

Dikutip dari The Scribe A Kadir Jasin

DEEP THOUGHT...



Malaysian National Laureate Datuk A. Samad Said gesture during interview with a reporter at a fast food outlet in Ampang Kuala Lumpur. He is one of my idol and it was my great pleasure to be able to take a picture of him during a short interview...
(Born on 9th April 1935)

DATO' HASSAN NAWAWI



Dato' Hasan Nawawi is the first Malaysians to cycle around the world in 2001-2002.
Nawawi said that in order to travel around the world on bicycles you must have four things.

First, he said you must have a strong mind in order to get through the tough times.

"If you want to do it and you say you can do it then you'll do it," he said.

Nawawi said that you can not let fear take you over.

"You must have a fearless mind. Courage will overcome fear," he said. "If we talk about fear we'll never move."

Secondly, Nawawi said that you need to have a lot of physical strength in order to travel approximately 100 miles a day.

He added that in order to travel through deserted spaces and foreign lands you must have tough skin and a strong stomach.


Dato' Hasan Nawawi Bio :


Dato' Hasan Nawawi was born on 9 December 1954 in Kampung Suak Petai, Manong Kuala Kangsar Perak. He is the sixth of ten brothers and sisters. He received his earlier education in SK Manong (1961-1966). Then he further his studies at SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong (1967-1969) and SM Aminuddin Baki, Kuala Lumpur from Form Four to Form Six (1970-1973).

He obtained his Bachelor's Degree in History of International Relation from University Malaya in 1977. Subsequently he obtained Masters in Development Administration (MDA) degree from the University of Western Michigan, U.S.A in 1986.

He used to be a temporary teacher at SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong (1974) and SMK Dato' Idris, Pantai Remis (1977). He joined the Administrative and Diplomatic Service (PTD) on 19 September 1977 and used to work in the Ministry of International Trade and Industry (1977-1980). Ministry of Foreign Affairs (1980-1981), Public Services Department (1981-1984 and 1990-1993), District Office, Manjung (1993-1998), District Office, Port Dickson (1998-2000) and asa District Officer Kuala Kangsar from 01 April 2002.

His favourite sport is football. In addition he likes to climb mountains and go on cycling expedition

Monday, March 24, 2008

Rafidah Aziz Tidak Puas Hati?

Sidang akhbar Datuk Sri Rafidah Aziz telah pun berlalu. Menurut laporan akhbar, kehadiran pemberita yang membuat liputan sidang akhbar berkenaan lebih ramai daripada biasa. Tentu ramai yang menjangkakan Datuk Sri Rafidah akan meletakkan jawatan.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Beliau bukan sahaja tidak meletakkan jawatan tetapi menerima dengan "hati terbuka" senarai kabinet baru yang tidak menyenaraikan beliau dan juga mana-mana kepimpinan tertinggi wanita UMNO. Beliau juga berhasrat untuk terus kekal mengetaui wanita UMNO selagi diperlukan.

Teman fikir gaya percakapan dan "body language"nya menunjukkan yang beliau "marah".

P/S:
Beliau juga mengesahkan yang beliau ada menulis surat kepada Perdana Menteri selepas PRU ke 12 baru-baru ini. Walaubagaimana pun beliau tidak mengumumkan isi surat tersebut. Pasti ramai yang berminat untuk mengetahui inti pati surat tersebut